Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Monday, December 4, 2017

Ikan Jenahak antara ikan popular dikalangan rakyat Malaysia sebagai menu masakan pilihan setiap hari. Walaupun harga ikan jenahak sedikit mahal berbanding ikan lain, dengan isi yang pejal dan keras. Berikut adalah resepi bagi mereka yang inginkan perubahan dalam menu masakan ikan jenahak yang dishare oleh seseorang dalam laman Instagramnya. Tonton juga video yang disediakan untuk memudahkan masakan anda. Selamat Mencuba.

Rindu pulak nak makan lauk favorite admin ni..
Tp admin lebey suka taruk biji sawi instead of halba.. pape pun totap sedapppp...


MASAK CUKA IKAN JENAHAK.

BAHAN2:-
Ikan jenahak (digoreng dahulu)
Bawang besar
Cili merah
Cili api
Air secukupnya
Cuka
Gula
Garam & sedikit perasa

BAHAN TUMIS:-
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Halba
Biji sawi
Minyak utk menumis

Kredit @rosehayatie_ (instagram)

Tuesday, November 14, 2017

Masakan ayam bukan lah menu asing bagi rakyat Malaysia pada zaman ini ditambah pula dengan harga ikan dan daging yang semakin mahal.Ayam menjadi pilihan buat rakyat Malaysia kerana harganya yang masih murah serta boleh dimasak dengan pelbagai cara dan kaedah masakan. Kali ini topik resepi masakan akan berkongsi resepi Ayam Lemon dan Kentang bersama Keju Leleh yang telah mendapat perhatian dan share yang tinggi dalam media sosial Facebook. 
Berikut adalah resepi masakan ayam lemon ini, selamat mencuba dan menjamu selera.

Resepi Ayam Lemon & Kentang
BAHAN-BAHAN :
3 sudu minyak zaitun
6 ketul peha ayam
Garam & Lada hitam
1 biji bawang holand (dihiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji kentang (dihiris halus)
1 cawan air rebusan ayam
½ epal cider
2 sudu perahan lemon
Beberapa batang rosemery
Herba thyme


BAHAN PERHIASAN:
½ hirisan keju parmesan
6 – 10 hirisan lemon

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
Nah kini ia sedia dihidangkan!
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share"

Wednesday, September 13, 2017

CHICKEN MANGO IN THE HOUSE😍😍😍
RESEPI..


Ayam..
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng bestari
Minyak utk menggoreng

Cara
Panaskan minyak
Celup isi ayam dalam tepung bestari yg dibancuh dgn air...pastu golekkan atas tepung bestari sekali lg dan goreng hingga kekuningan(deep fry)

Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar

Sos
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Air sikit

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali)...sukatan agak2 je.

Potong2 ayam gaul dgn mangga parut td...tuang sos atas ayam. Siap!!!
CHICKEN MANGO IN THE HOUSE😍😍😍
RESEPI..


Ayam..
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng bestari
Minyak utk menggoreng

Cara
Panaskan minyak
Celup isi ayam dalam tepung bestari yg dibancuh dgn air...pastu golekkan atas tepung bestari sekali lg dan goreng hingga kekuningan(deep fry)

Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar

Sos
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Air sikit

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali)...sukatan agak2 je.

Potong2 ayam gaul dgn mangga parut td...tuang sos atas ayam. Siap!!!

Wednesday, June 7, 2017

Selepas ni jangan tersilap beli tepung beras yee..


TEPUNG BERAS
--------------------
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup