Adik aku hebat. Ajal Datang tnpa diduga..
11.1.2016
pagi tu, aku bergegas untuk ke sekolah rendah atas urusan tertentu. Sebelum keluar, aku hanya memberi arahan 'Iqbal, nanti sidai baju yg dlm spin tu taw". Iqbal jawab " dalam spin je? yang dalam baldi ni?" "yang dlm baldi takpayah, mama suruh hakim spin dan sidai ja" "oke".
Selepas solat zohor disurau. Taktersangka aku bersembang hal-hal kematian dengan pakya. Selepas tu, aku pulang ke rumah dalam pkul 1.50ptg.
setibanya di rumah, adik kepada azamudin, bob panggil "abdullah, assalamualaikum abdullah". Aku sangka dia nak ajak Abdullah keluar main, abdullah keletihan wktu tu, dia tidur. Petang ada kafa. Jadi aku ambil keputusan untuk beritahu abdullah tidur. Tetapi, dia memanggil aku, dan ayah dia memaklumkan Iqbal kemalangan dan cedera sikit. Aku risau. Abdullah yg sedang tidur terus terjaga. Kami bergegas ke kampung Aman menaiki motorsikal.
Setibanya di sana, Aku terlihat ada dua buah motorsikal, satu ex5 biru dan Kawaski Ninja yang jaraknya hampir 80meter antara satu sama lain. Ex5 takde apa-2. Motor Ninja rosak teruk, berkecai tiba-tiba Mata aku tertumpu kepada Iqbal yang terbaring takjauh dari motor. Hati aku mula gelisah. Akal fikiranku mula celaru. "kenapa orang tutup muka iqbal? kenapa orang payung iqbal?" Aku pergi buka kain yg menutup muka dia. Aku sangka Iqbal pengsan, wajah dia seolah2 dia sedang tidur takada tanda wajah kesakitan tp hati aku sangat sakit dan pedih. Mata aku mula berair. Iqbal, kenapa jadi macam ni. Kenapa hg pergi seawal ni iqbal.?! Ya Allah. Aku mengigil. Aku terdiam. Aku terpaku. Ada ibu damia dan damia disisi. Orang ramai menyuruh aku hubungi abah dan mama. Aku takut sangat.
Aku tetap cuba hubungi mama, orang suruh tunggu dekat hospital, takut mama jadi apa-apa "Salam, nanti mama datang hospital, iqbal cedera sikit. datang cepat" "haaa.. ok2. mama ada dkat petronas isi minyak". Seketika kemudian, aku rasa serba salah, mama patut datang ke kampung aman, dia patut tahu hal sebenar "mama, datang kampung aman cepat.tapi Mama kena banyak-banyak bersabar." " ada apa ni sebenarnya" "tak apa mama datang ja".
Sekarang giliran hubungi abah. "hello abah, Iqbal accident, balik sekarang ya" " haaa. ok abah balik sekarang jugak". 10minit kemudian, abah telefon " hakim, iqbal macam mana" Aku tak sanggup nak sembunyikan lagi "hmm.. abahhh. Banyak2 bersabar ya, Iqbal dah tak ada" " haaah? biar betul ni?" "abah datang cepat" "abah otw".
Aku kuatkan diri melihat Iqbal. Dia terbaring di satu tempat yg teduh. Mujur dia melepasi longkang yg agak besar. Bayang-bayangtu betul-betul muat badan dia ja. Air paip yang kebetulan bocor mengalir di bwah tubuh dia. Sejukkn badan dia. Bibir dia pucat. Siku dia dan kaki ada calar sikit. Wajah dia sungguh tenang. Berbaju kfc. Dia dalam perjalanan ke kfc. Masuk kerja pukul 2petang. Ya Allah, tak sangka Kau ambil dia seawal ni. Apa-apa pon, Kau pelihara tubuh dia, wajah dia dan Kau beri tempat yg selesa untuk dia. Polis sendiri tak menyangka kedudukan asal Iqbal di situ. Alhmdulillah.
Ada pakcik berkopiah datang. Dia cakap, dia ajar iqbal mengucap. Selepas mengucap, Iqbal terus pergi buat selama-lamanya. Aku sangat-sangat bersyukur. Allah benar-benar pelihara dia. Allah tidak membiarkn Iqbal terseksa lama. Allah sayangkan Iqbal.
Mama sampai dalam jam 2.25ptg. "Ya Allah Iqbal, kenapa jadi macam ni" perkataan yang sering diulang-ulang. Mama takut nak tengok Iqbal. Mama menagis. Abdullah pon menangis. Aku pon menangis. Polis sampai jam 3.15. Bawa Iqbal ke hospital. Ramai orang datang di hospital.
Jenazah Iqbal sampai di rumah betul-betul waktu maghrib, 7.21malam. Ramai orang datang. Saf solat di surau melimpah sampai ke luar. Aku menatap wajah Iqbal buat kali terakhir. Wajah yang cukup tenang. Seolah-olah sedang tidur nyenyak.
Selepas solat Isyak jam 9.30. Iqbal di bawa ke masjid kampung banggol. Subhanallah. Kawasan rumah dipenuhi orang. Beribu-ribu orang hadir. Kelihatan bintang-bintang di langit. Orang ramai ke masjid kg banggol. Ya Allah, aku kagum ya Allah. Seolah-olah vvip yang meninggal. Masjid kampung banggol melimpah. Solat jenazah tidak sama seperti solat jumaat. Orang datang melebihi solat jumaat. Waktu untuk solat jenazah pukul 10. Memandabgkan pkul 9.45 masjid dah terlalu penuh. Solat di awalkan.
Selepas solat, ramai yang berebut-rebut nak angkat iqbal ke tanah perkuburan sehingga aku tak dapat peluang itu. Tanah perkuburan Iqbal di corner lot betul-betul sebelah sign board permatang kerai kechil. Allah Maha Kuasa. Tanah tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Senang sngat nak uruskan Iqbal. Aku memerhati langit. Eh. Tiba-tiba langit mendung. Janganlah Kau turunkan hujan wktu ini. Aku mengangkat Iqbal masuk ke liang lahad. Allahuakbar. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Aku berpeluang mencangkul tanah. Senangnya. Berkebun yang sikit pon dah penat. Tapi kali ini, tanah senang dibentuk senang di cangkul, tak ada batu-batuan. Seolah-olah bumi menyambut Iqbal dengan penuh terbuka.
Seusai talkin, aku memerhati langit. Langit mula kembali cerah. Seolah-2 langit pon turut sedih sewaktu iqbal dikebumikan. Iqbal meninggal dia tak susahkan abah mama dan kami semua. Semua kos-kos pengebumian, hospital, mandi, makan minum dan semua sekali la lebih RM3ribu dan kami sekeluarga tak keluarkan pon. Pihak KFC, kawan-kawan iqbal, cikgu-cikgu iqbal, koperasi, orang rmai dan pelbagai pihak yang beri sumbangan. Ya Allah, Kau benar-benar permudhkn urusan kami. Kau benar-2 permudahkan urusan Iqbal.
Postmortem, iqbal didapati patah rusuk kanan dan hati dia hancur. Abah maklumkan wktu mandi jenazah, badan Iqbal bersih, najis tak ada, senang dan mudah. postmortem yg kebiasaan mengambil masa 1-2jam hanya 30minit ja.
Teringat permintaan iqbal, dia nak kerja sebab nak beli handphone. Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah kepada arwah Iqbal (baca penuh-2 taw) Terima kasih.
No comments:
Post a Comment