PETUA MENGHAPUSKAN/MENGHALAU KUTU RAMBUT
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
Cara 1: Bawang putih
Ambil 4 ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama 3 sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.
Cara 2 : buah belimbing
Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit dan bilas dengan air bersih. Rambut kembali sihat dan bebas kutu jika rajin mengamalkannya.
Cara 3: Ubat gegat
Ambil beberapa biji ubat gegat dan tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.
Cara 4: Cuka
Ambil cuka dan sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu. Bilas kepala anda. Amalkan pilihan petua ini setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara 5 : Mayonis
Sapukan mayonis pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu. Bilas kepala anda. Amalkan pilihan petua ini setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara 6 : Minyak zaitun
Sapukan minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkan pilihan petua ini setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara 7: Minyak tanah
Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit. Selepas itu syampu rambut anda.
SELAMAT MENCUBA
-- wak --
More: PETUA Orang Kampung

No comments:
Post a Comment