Friday, February 12, 2016

SUAMI KECEWA MELIHAT ISTERI BASUH TELEKUNG LEPAS OUTSTATION SEMINGGU


Zul Balik

Selepas 2 minggu tidak pulang kerana halangan kerja di KL.
Hari ini Zul memandu pulang kerumahnya disebuah daerah di Melaka..

Rindu benar Zul pada anaknya, walau pun selalunya Zul akan terkam emak dahulu, selepas itu barulah anaknya....

Sepanjang perjalanan Zul memandu cukup agresif.
Mahu cepat sampai.

Akhirnya ...
Zul tiba dirumahnya jam 5 ptg dengan harapan anak anaknya disekolah.....

Tiba tiba muka Zul berubah....
Tangannya mengeletar...
Mukanya pucat ..
Zul terduduk diatas tangga dan mengeluarkan sebatang rokok bagi tenangkan fikiran...
Zul seperti mahu menangis....
Zul menjeling sekali lagi ke ampaian.
Jelaslah itu kain "sembahyang wanita"

Zul melangkah lesu kedalam rumah disambut ahli keluarganya...
Keadaan Zul yang tidak gembira dapat dilihat jelas isteri dan anak anaknya..

Isterinya menyiapkan minuman.. dan melihat Zul dengan aneh. Zul seperti biasa...

Zul mengadap tv tanpa sepatah kata.
Isterinya menghidangkan minuman...

Namun akhirnya Zul mengumpul kekuatan dan sisa sisa harapan, Zul bertanya pada isterinya dengan nada yang cukup lemah tetapi tidaklah berharap....

"Awak sudah solat asar" ?
Isterinya menjawab ringkas.
"Sudah "....

Zul terbangun dari kerusi seperti tidak percaya...
"Tu kain sembahyang awak basuh"... Zul menyoal

Isterinya ketawa dan menjelaskan kain sembahyang bukannya sehelai.....

Alhamdulillah syukur...
Zul menyebut tanpa sedar dan kembali bersemangat.
Sepinggan kuih didepannya licin dimakan ...

Air yang tengah panas sekali Zul hirup tanpa rasa apa apa .....

Persoalannya.... Apa sbnrnya yg Zul nak??

No comments:

Post a Comment