Thursday, October 20, 2016

KARTEL DADAH MEXICO JALANKAN HUKUMAN HUDUD KEPADA PENCURI

Lima lelaki dan seorang wanita ditemui dalam keadaan masih hidup dengan tangan dipotong serta dahi tertulis dengan perkataan 'saya pencuri'.

Kesemua mangsa dicacatkan oleh kumpulan penjenayah dikaitkan dengan pengedaran dadah yang turut membiarkan mayat seorang lelaki di tepi jalan bersama dua beg yang berisi tangan dipotong di Tlaquepaque, berhampiran Guadalajara.

"Mereka dalam keadaan lemah dan tangan dibungkus dengan plastik," kata komander polis tempatan Roberto Larios dipetik AFP.

Kartel dadah sering membiarkan mayat dikerat di tepi jalan di Mexico, namun penemuan mangsa yang masih hidup adalah sesuatu yang jarang berlaku.

Pemuda yang maut berusia 39 tahun dipukul hingga mati namun tangannya tidak dipotong.

Mangsa merupakan suami kepada mangsa wanita yang berusia 44 tahun.

Mangsa lelaki yang lain dilaporkan berusia di antara 25 dan 43 tahun.

Pihak berkuasa mengesyaki jenayah mengerikan dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Saksi berkata, mangsa dibawa ke lokasi kejadian dengan dua kenderaan dan ditinggalkan dengan nota tertulis "Ini terjadi kerana kami menjadi pencuri,"

#SHonline
#DTTB
#GLOBAL

No comments:

Post a Comment