Monday, October 17, 2016

KENALI TANDA-TANDA SUAMI BAKAL BERKAHWIN LAGI

1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.

2. Suami pakai dua atau lebih handphone? Ada sesetengah syarikat memberi kemudahan telefon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu telefonnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan.

3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama.
Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk. Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula merungut bahawa anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini. Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa rungutan, suami akan bermasam muka.

4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.

5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa. Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan 'kekasih gelap'nya. Jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.

6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah.

7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda. Anda mungkin mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.

8. Suami selalu lewat tidur. Jika dahuulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, tetapi kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di televisyen dan suami asyik mengerling handphonenya, kemungkinan suami mahu bermain “sms” dengan 'kekasih gelap'nya. Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.

9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”

10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.

No comments:

Post a Comment