Friday, November 11, 2016

4 PERKARA KENA BUAT LEPAS AKAD NIKAH

1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.

2. Sujud Syukur

Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.

3. Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4. Ister bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah

Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.

Semoga 4 perkara sunat ini dibuat ye selepas majlis akad nanti. Jangan lupa share kepada pasangan dan rakan-rakan. :)

No comments:

Post a Comment