Wednesday, January 11, 2017

RESEPI BEBOLA OREA YANG MENAWAN

BEBOLA COKLAT OREO
resepi dari Mohammad Aizat Aiman

BAHAN:
Biskut Oreo
Cream Cheese (pada suhu bilik)
Coklat Masakan
Biskut Marie (bagi adunan banyak sikit – tak nak pun takpa)

CARA:
1. Hancurkan biskut Oreo terlebih dahulu. Guna blender paling senang.
2. Kemudian gaulkan biskut tadi dengan cream cheese hingga sebati.
3. Bentukkan adunan tadi bulat² . Saiz terpulang, nak besar pun boleh, nak kecil kiut miut pun boleh.

4. Sejukkan bebola oreo tadi selama 10 minit dalam peti sejuk.
5. Sementara itu, cairkan coklat masakan dengan cara double boiling.
6. Keluarkan bebola yang telah disejukkan tadi, celupkan ke dalam coklat cair tadi.

7. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
8. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama satu jam ATAU Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment