Sunday, February 12, 2017

HAZAMA DIKECAM KERANA MEMAKAI PAKAIAN CELORENG DALAM RANCANGAN MENTOR

Konsert pertama rancangan mentor telah mendapat kencaman dari anggota tentera Malaysia yang mempertikai pemakaian baju celoreng oleh Hazama. Berikut adalah kenyataan oleh pihak tentera Malaysia di facebook.

Berfesyen Tidak Kena Dengan Gaya. Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng???

Masih ada lagi manusia yang tidak peka dengan keadaan sekeliling..semua ambil maklum pemakaian baju tentera, orang awam tidak boleh memakai sewenang-wenangnya. Begitu susah seorang anggota Tentera dan juga pesara-pesara tentera mahu menjadi tentera untuk membolehkan mereka memakai baju uniform tentera. Kerana populariti kamu memakai baju Celoreng Tentera, bagaimana pula perasaan Anggota dan Pesara Tentera yang masih berkhidmat ataupun yang dah bersara melihat anda memakai baju tersebut??? Kalau berminat sangat nak pakai baju Celoreng tentera masuk lah Askar Wataniah?? Dimanakah maruah Anggota Tentera ataupun pesara-pesara tentera, seringkali pakaian anggota dipergunakan tanpa batasan dan waktu yg sepatutnya.


#MentorMilenia2017 #TV3

No comments:

Post a Comment