Friday, July 21, 2017

BAGAIMANA LINKIN PARK MENGUASAI JIWA REMAJA ZAMAN 20-AN, CHESTER BENNINGTON

Chester Bennington vokalis Linkin Park meninggal dunia pada usia 41 tahun. Membunuh diri.

Remaja pada awal 2000-an pasti pernah terkesan dengan muzik LP. Yang tak layan LP ni kebarangkalian besar budak-budak skema yang tak ada masalah hidup.


Apabila kita masuk ke zaman remaja, kita mula mengalami banyak emosi. Kita mula cari tentang makna kehidupan. Kita mula cari tentang makna diri. Bagi peminat LP, muzik mereka lah teman terbaik sepanjang zaman itu.

Peminat LP ni sama ada tertarik dengan vokal Chester atau rap dan kegeniusan seni Mike Shinoda. Saya lebih kepada peminat Mike. Tapi semua orang akui bahawa jeritan Chester adalah jiwa muzik LP.

Melalui vokalnya, Chester seolah-olah menyuarakan segala keresahan, kebimbangan dan permasalahan yang terpendam dalam hati remaja.

Muzik LP adalah tempat remaja mencari 'escape' dan ketenangan hati (melalui proses 'catharsis').

Lagu 'Numb' dan 'Leave Out All The Rest' ialah kekecewaan remaja terhadap 'expectation' orang sekeliling yang tak pernah mengambil berat tentang perasaan kami.

'From The Inside' dan 'Lying From You' pula menyatakan kemarahan kami terhadap hipokrisi masyarakat.

'Hands Held High' mengkritik Establishment.

'Crawling' dan 'Breaking The Habit' pula 'struggle' kami untuk mengatasi kelemahan diri kami sendiri.

Semua ini adalah emosi yang pasti pernah dirasai oleh semua remaja.

Cuma, akhirnya saya sedar, kita tak akan temui makna kehidupan dalam karya seni artis kontemporari ini.

Kerana mereka sendiri pun tidak dapat cari jalan keluar dari masalah hidup (misalnya depression dan tekanan), selain bergantung pada dadah dan alkohol. Hidup mereka umpama tragedi yang tiada pengakhiran. Dan mereka selalu cari jalan singkat iaitu bunuh diri.

Tiada kebahagiaan hakiki selain mencari jawapan dari Sang Pencipta. Perkara itu dah dikupas dalam 'Meaning and Experience of Happiness in Islam' karya Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Tapi apa-apa pun LP tetap pernah jadi sebahagian dari hidup saya. Dan saya kongsi kesedihan atas pemergian Chester.

Anggap lah ini sebagai tribute kepada mu, Chester:

When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
And don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Chester Bennington (1976-2017) dalam memori.

No comments:

Post a Comment