Tuesday, September 5, 2017

Resepi Kuih Ketayap Hipster Polkadot Untuk Bisnes Viral

Resipi Kuih Ketayap Comel Yang Sedapp
Bahan untuk inti:


1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk kulit:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
1 biji telur
4-5 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
2-3 titik pewarna hijau (optional)

Cara-cara untuk inti:

Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.

Cara-cara untuk kulit:

Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau.
Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak.
Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu.
Anggran 3-4 minit di atas kuali.
Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.

Share dan tag kwn2

No comments:

Post a Comment