Thursday, December 7, 2017

KIAMAT MAKIN HAMPIR APABILA PENAKLUKAN ISRAEL TERHADAP TANAH SUCI BAITULMAQDIS

Tarikh 7 Disember 2017 menjadi tarikh bersejarah yang hitam buat umat islam terutama rakyat Palestin apabila negara mereka, tanah air mereka di rampas oleh Yahudi di bantu oleh Amerika Syarikat dengab pengistiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden USA iaitu D. Trump. Maka makin jelaslah kiamat makin hampir dengan berlakunya kejadian ini. Pergolakan yang teruk bakal berlaku seperti mana yang telah di jelaskan dalam Hadis di bawah.

Di antara tanda-tanda Kiamat adalah penaklukan Baitul Maqdis. Dijelaskan dalam hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ... (فَذَكَرَ مِنْهَـا:) فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

‘Ingatlah (wahai ‘Auf) ada enam (tanda) sebelum datangnya hari Kiamat....’” (Lalu beliau menyebutkan salah satunya), “Penaklukan Baitul Maqdis.”(HR Bukhari)


Kembalinya kaum Yahudi ke Palestin sebagai tanda bahwa kiamat telah dekat, karena setelah mereka kembali, tidak lama setelah mereka berkuasa di Palestin kaum muslimin akan memerangi mereka dan baitul Maqdis ditaklukkan kembali oleh kaum muslimin, sebagaimana hadist.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)


Sebenarnya kejadian ini tidak boleh dihalang lagi kerana memang telah jelas bahawa perkara ini akan berlaku jua pada suatu masa. Ini hanyalah petanda-petanda bahawa dunia makin hampir kepada hari kiamat.

Apa yang penting bagi umat islam adalah menyediakan diri untuk menghadap hari penghakiman yang semakin hampir.

Amat malang lah sekiranya masa anda dihabiskan dengan perkara yang melalaikan dan masih belum insaf untuk bertaubat.

No comments:

Post a Comment