Showing posts with label CAR. Show all posts
Showing posts with label CAR. Show all posts

Tuesday, November 28, 2017

PROTON atau nama penuhnya Perusahaan Otomobil Nasional adalah sebuah syarikat automatif pertama yang ditubuhkan di Malaysia semasa pemerintahan Tun Dr. Mahatdir Mohamed yang telah meletakkan negara Malaysia sebagai sebuah negara automatif sebaris dengan negara seperti Jerman, Perancis, USA, Japan, Korea dan lain-lain. Namun pada tahun 2017, DRB Hicom telah menjual sebahagian sahamnya kepada sebuah Syarikat berpangkalan di China iaitu GEELY. Penjualan ini mungkin akan memberi nafas baru kepada Proton dalam menghasilkan kenderaan yang lebih kompetitif dan futuristik dengan teknologi terkini yang dimiliki syarikat Geely ini.

Khabar terbaru hasil daripada pemilikan oleh Geely ini, Proton dikatakan bakal membina kenderaan terbang secepat mungkin. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai oleh pengurusan Proton yang dahulu berdasarkan teknologi Proton yang tidak berkembang sejak dahulu lagi.

DESIGN TERBARU MODEL SAVVY

Terkini Proton dikatakan akan mengeluarkan arau menghasilkan semula jenama kereta Savvy dengan rekaan yang lebih futuristik seperti gambar dibawah untuk kembali menguasai pasaran automatif negara seterusnya di pasaran Asia Tenggara.

Proton Savy 18. Konsep rekaan Saharudin Busri yang bertugas di Pusat Rekaan MIMOS. Lawa, futuristik, elegan




Berita Bonus Kontroversi Nama Proton Ditukar Ke Bahasa Mandarin


Sebenarnya semua jenama dunia menukar nama dalam bahasa Mandarin untuk memasuki pasaran China seperti gambar di bawah.

Monday, January 16, 2017

4 JENIS BUNGA TAYAR YANG RAMAI TAK TAHU

Ramai yang tak tahu tayar mana yang sesuai untuk kereta mereka.
Disini admin akan cerita tentang 4 jenis tayar, kelebihan dan kekurangan masing2.

Tayar Directional (Berbentuk V)

Dikenali sebagai tayar basah atau tayar hujan. Ia baik dalam keadaan basah kerana rekaan tayar ini membantu pengaliran air keluar seterusnya mengelakkan kereta hilang kawalan ketika melalui lopak air.
Keburukan tayar ini adalah ia mengeluarkan bunyi yang agak bising.

Tayar Symmetrical

Tayar jenis ini lebih senyap. Biasa digunakan pada kebanyakkan kereta. Sesuai bagi mereka yang mementingkan keselesaan, kelancaran dan bunyi yang senyap.
Tayar jenis ini tahan lebih lama dan boleh di-rotate dengan pelbagai cara.

Tayar Asymetrical

Tayar jenis ini biasa didapati pada kereta sport atau berprestasi tinggi. Merupakan gabungan beberapa corak tayar untuk cengkaman maksimum dalam keadaan basah mahupun kering.

Tayar Directional/Asymmetrical

Tayar ini adalah tayar terbaik untuk dua keadaan, basah juga kering. Bentuk V membantu buang air dari tayar dan bentuk asymmetrical membantu cengkaman dalam keadaan kering.

Sekarang anda dah tahu beberapa panduan penting tentang tayar. Harap ia membantu anda untuk membeli tayar kereta dan mengelakkan dari ditipu.
Rasa artikel ini bermanfaat?. Kongsikan dengan keluarga dan rakan.

Tuesday, January 10, 2017

Beri laluan...Axia akan terima ahli keluarga baru. Katanya ini adalah model Axia versi facelift. Nak lancar tak lama lagi bro, kira dua kali Jumaat lahirlah Axia versi facelift.

Difahamkan harga model Axia Facelift ini akan meningkat dari RM1000 sehingga RM2000 (bergantung kepada varian).

Antara penambahan yang dilakukan oleh pihak Perodua:

1) rekaan lampu depan baharu
2) bampar belakang dan depan yang direka semula kelihatan seakan versi Honda Jazz
3) enjin VVT-i baharu (enjin Bezza 1.0)
4) butang push start (varian SE dan Advance)
5) pemain DVD GPS dengan Mirror Link (Advance)

Tuesday, May 24, 2011

RON95
Harga minyak myb naik Rm0.20-Rm0.30 bulan depan...K'jaan kate harga minyak dunia dah naik...n k'jaan kne tnggung subsidi Rm18Billion...k'jaan cuma sanggup tanggung subsidi Rm8billion jek....

pendapat aku
yang tk best nyer..tkde alternative lain ke selain naik harga brg... bosan r aku nk ckp byk3... terima je r...aku kan rkyt mlysia...ape aku bleh wat..huhuhu