Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Saturday, July 22, 2017

Kesilapan besar anak2 terhadap arwah ibubapa yg sudah meninggal dunia antaranya adalah:


1. Ada yg hanya menggantung gambar ibubapa di dinding2 rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yg suka simpan barang yg ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dgn baik atau diwariskan.

3. Ada yg sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yg menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dll.

Sebenarnya bukan itu sangat yg arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yg lebih utama - priority (أَوْلَوِيَّات) dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak2 mereka.

*yang mereka perlukan, antaranya ialah*

1. Doa keampunan dan rahmat Allah utk mereka dari anak2.

2. Sedekah harta yg diniatkan pahalanya utk mereka dari anak2.

3. Amal soleh yg dilakukan hasil didikan mereka dari anak2.

4. Anak2 sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari utk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa; segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

"... *yg bernilai di sana hanya pahala yg dibawa atau yg dikirim*..."

Wallahu a'lam...

Wednesday, March 8, 2017


Ilmu deteksi rahsia

Ijazah scan rasa dan gerak. Pengaktifan cakra tapak tangan. Utk sensor scan. Terbuka kepada semua samada perawat atau orang awam. Diijazahkan permanent tanpa amalan.

Kemampuan mengukur kekuatan aura samada kuat atau lemah. Kemampuan mengesan aura positif atau negatif. Kemampuan menentukan gerak hati dgn lebih jelas. Kemampuan utk scan segala masalah2 termasuk segala rahsia samada masalah zahir dan batin merentasi dimensi alam dan waktu. (Cth : niat buruk org, rahsia org, racun, sihir, gangguan, fikiran org, tempat trsembunyi, kekuatan, masalah org, kebenaran sesuatu berita, dan lain2 semua atas niat masing2)

Pengisian terus secara jarak jauh mengambil masa dalam beberapa minit. Permanent tanpa amalan

STEP:
1. Hantar gambar tapak tangan kiri dan kanan.
2. Setelah berjaya diisi barulah dibuat pembayaran mahar RM70 (jika tak dpt rasa apa2 maka tiada sebarang bayaran dikenakan)
3. Setelah membuat pembayaran maka nota kaedah panduan scan akan diberi bersama bimbingan audiodari saya

Boleh terus pm gmbar tapak tgn kepada page ini dan akan terus diijazahkan.

*ilmu ini telah sedia ada diberi dalam keilmuan tenaga dalam @ reiki. Tidak perlu ambil ijazah scan jika mengambil ijazah tenaga dalam atau kundalini reiki

Pusat Rawatan Al Hidayah Syifa
No pendaftaran : RA0045122-K

Monday, February 27, 2017

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-166 : DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN

Soalan: Apakah status hadith dunia merupakan penjara bagi orang mukmin?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, hadith yang dimaksudkan adalah:

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:
الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”.

Sumber Hadith

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289), Imam Muslim di dalam Sahih-nya (2956), Imam al-Tirmidzi di dalam Jami’-nya (2324) dan Imam Ibn Majah di dalam Sunan-nya (4113).

Hukum Hadith

Imam Muslim meletakkan hadith ini di dalam Sahihnya maka ini bermakna hadith ini adalah sahih.
Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.
Imam Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya.
Syeikh al-Arna’outh mengatakan hadith ini sanadnya sahih mengikut syarat Imam Muslim ketika mentaqiqkan Musnad Ahmad.
Makna Hadith

Imam al-Nawawi berkata makna hadith ini bahawa setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi. Lihat al-Minhaj (93/18).

Imam al-Munawi dalam mensyarahkan hadis ini dalam Faid al-Qadir (3/546), telah menyebut sebuah kisah yang diambil daripada para ulama: “al-Hafiz Ibn Hajar (al-Asqalani) Ketika dia menjadi Ketua Qadi berjalan pada suatu hari melintasi sebuah pasar. Ketika itu beliau dalam sebuah rombongan penunggang haiwan kenderaan yang besar, cantik lagi mengagumkan. Tiba-tiba meluru ke arahnya seorang lelaki Yahudi, penjual minyak biji rami. Pakaiannya kotor dengan minyak, dan kelihatan semakin lusuh dan buruk. Dia lantas memegang kekang baghal Imam Ibn Hajar dan berkata: “Wahai Syeikh al-Islam! Engkau mendakwa bahawa Nabi kalian berkata: “Dunia itu penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir,” lantas, penjara mana yang engkau berada sekarang? Dan syurga mana yang aku berada sekarang?” Jawab Ibn Hajar: “Aku jika dibandingkan apa yang Allah janjikan bagiku di akhirat nanti daripada kenikmatan syurga, seakan aku sekarang berada di penjara, manakala engkau pula, jika dibandingkan dengan apa yang Allah janjikan bagi engkau di Akhirat, seolah-olah sekarang engkau berada dalam syurga.” Lalu Yahudi itu masuk Islam.

Berkaitan taklif (tanggungjawab), Imam al-Marwazi pernah menceritakan bahawa: Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad: “Bagaimana keadaan anda pagi hari ini?”. Beliau menjawab: “Bagaimana kira-kira keadaan seorang hamba pada pagi hari, di mana Rabbnya menuntut dirinya untuk melaksanakan berbagai kewajipan, Nabinya menuntut dirinya untuk menjalankan al-Sunnah, sementara dua malaikat menuntut dirinya untuk beramal dengan benar, di sisi yang lain, jiwanya menuntut dirinya untuk menurut hawa nafsu dan iblis pula menuntutnya untuk melakukan perbuatan keji, malaikat maut pula melihat dirinya untuk mencabut rohnya, sementara keluarganya menuntut daripadanya untuk mencari nafkah”.

Penutup

Huraian dan syarah hadis di atas menunjukkan bahawa orang beriman itu di dunia diperintahkan untuk taat kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah, sebagai ujian untuk mendapatkan rahmat Allah berupa kebahagiaan di akhirat. Ini tidak menafikan peluang bagi seorang manusia, sama ada Islam atau bukan, untuk mendapatkan kekayaan dunia denga usaha dan peluang. Hadis ini juga tidak menjadi halangan untuk orang Islam untuk berbuat baik dengan orang bukan Islam dan membawa mereka untuk masuk Islam seperti mana yang diungkapkan dalam kisah Ibn Hajar di atas.

Kesimpulannya, kita perlulah berusaha dan beramal dengan bersungguh-sungguh di dunia ini kerana dunia ini bersifat sementara. Selain itu, kita juga perlulah menjadikan dunia ini sebagai lading untuk kite beramal. Berdasarkan firman Allah SWT:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”. [al-Syura:20]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Wallahua’lam

Pautan ke laman rasmi PMWP:
AL-KAFI #556 : HUKUM MELETAKKAN SUTRAH DI DALAM SOLAT

Soalan: Boleh mufti beri penjelasan apakah itu sutrah dan kepentingannya?

Jawapan:

Bagi menjawab soalan berkenaan sutrah, kami lampirkan keterangan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (1/392-393)dalam bab perkara-perkara sunat berkaitan dengan solat.

“Sekatan (سُترَةٌ) adalah sebagai tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya, seperti dinding, tiang, tongkat atau menghamparkan sejadah dan sebagainya. Jika tidak didapati apa-apa pun buatlah tanda garisan sahaja.

Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّى إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى السَّفَرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (حَربَةٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.”

Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)

Sementara cara yang afdhal pula ialah meletakkan sekatan berhampiran dengan tempat sujud.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Sahal bin Sa’ad RA, katanya:

كَانَ بَيْنَ مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الْجِدَارِ مَمَرُّ الشَّاةِ

Maksudnya: “Jarak di antara tempat sujud Rasulullah SAW dan dinding ialah seluas laluan kambing.”

Riwayat al-Bukhari (474) dan Muslim (508)

Dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie juga ada ditambah bahawa haram bagi seseorang untuk lalu di hadapan orang yang bersolat sedangkan dihadapannya sudah ditandakan dengan sutrah, berdasarkan hadis Abu al-Juhaim al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Maksudnya: Kalaulah seseorang itu tahu dosa yang dikenakan ke atasnya akibat berjalan di hadapan orang yang solat, nescaya kalau dia berdiri selama 40 (tempoh tertentu), lagi baik daripada dia berjalan di hadapan orang yang solat.

Riwayat al-Bukhari (510)

Berkata Abu al-Nadr, salah seorang perawi hadis ini, : “Aku tidak pasti sama ada baginda bersabda 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”

Sunat hukumnya bagi orang yang bersolat dengan sutrah kemudian ada orang yang lalu dihadapannya dia tahan menggunakan tangannya. Ini berdasarkan hadis Abu Said al-Khudri RA, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَلْيَدْفَعْ فِي نَحْرِهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kalian bersolat dalam keadaan mengadap sutrah yang boleh menghalangi manusia, lalu ada orang yang ingin melintasi hadapannya, hendaklah dia menahannya. Dan jika dia enggan juga, hendaklah dia diperangi (yakni ditolak dengan keras) kerana dia adalah syaitan (yakni bersamanya syaitan).”

Riwayat Muslim (505)

Adapun seseorang yang tidak meletakkan sutrah di hadapan, maka dia tidak berhak untuk menghadang orang lain daripada melintasi hadapannya kerana dia sudah mencuaikan haknya dengan meninggalkan memasang sutrah. Rujuk al-Mu’tamad (1/222-223). Begitu juga sutrah bagi imam adalah sutrah bagi makmum. Rujuk I`anah al-Talibin (1/221) dan Bughyah al-Mustarsyidin (1/112). Justeru, dalam keadaan yang terdesak seperti terbatalnya wuduk ketika dan terpaksa melalui di hadapan makmum lain dalam solat untuk mengambil wuduk semula, sedangkan tiada jalan lain, maka boleh lalu dan tidak boleh dihalang oleh makmum lain.

Semoga Allah berikan kita ilmu untuk melaksanakan amal ibadah dengan sempurna.

Wallahua’lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP:

Monday, January 2, 2017


*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

_"Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)

*2.Rezeki Kerana Usaha.*

_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)

*3.Rezeki Kerana Bersyukur.*

_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)

*4.Rezeki yg Tak Terduga.*

_"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)

*5.Rezeki Kerana Istighfar.*

_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta”_ (QS. 71 : 10-11)

*6.Rezeki Kerana Menikah.*

_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya.”_(QS. an-Nur : 32)

*7.Rezeki Kerana Anak.*

_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)

*8.Rezeki Kerana Sedekah.*

_"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda yang banyaknya"_ (QS. Al Baqarah 245)

*9. Rezeki Kerana Suka Menyambungkan Silaturrahim*

*10. Rezeki Kerana Iman dan Taqwa*

*11. Rezeki Kerana Pengorbanan Diri, Harta dan Waktu Utk Urusan Keagamaan*

*12. Rezeki Kerana Istiqamah Membaca Al-Qur'an, Surah Al Waqiah, dan Solat Dhuha.*

Yaa Allah,.. Yaa Robb,.. Yang Maha Kaya, Izinkanlah Kami berdoa: Barang siapa yg share 12 pintu_Pintu Rezeki ini, Luas dan lapangkanlah Rezekinya dari arah yg tdk disangka sangka, rezeki yg halal dan penuh barakah..., Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki ,... Aamiin