Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Monday, December 4, 2017

PERKONGISAN OLEH IBU INI TENTANG VIRUS TYPE 1 HERPES PADA ANAKNYA. HATI-HATI, NAMPAK SEPERTI RUAM BIASA, TETAPI AKHIRNYA BAYI MENDERITA!!! WAJIB BACA, TENGOK GAMBAR SAMPAI HABIS & SHARE !!!!
Biasanya saya tidak akan bercerita sesuatu yang berlaku kepada anak saya secara terperinci tetapi saya rasa ini adalah pegnajaran yang dipelajari.
Anda sentiasa mendengar ibu-ibu baru mengatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan orang mencium bayi mereka sesuka hati? saya adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi dalam dunia realiti, ia sangat sukar untuk dipantau kerana orang sekelining tetap melakukannya. Dan bukannya boleh kalau saya kata mereka “ambil semula ciuman itu” selepas mereka mencium bayi. Sepatutnya orang faham yang mereka tidak sepatutnya mencium bayi seseorang sesuka hati. Malangnya, mereka tidak!
Apa yang bermula sebagai ruam merah yang timbul dan merebak dengan cepat pada ibu jari kaki anak saya dan saya terdetik yang anak saya akan kehilangan jari kakinya! Saya membawanya ke 5 doktor yang berlainan di 3 bandar yang berbeza dalam masa 4 hari. Setiap satu daripada mereka berkata perkara yang sama ... "tiada apa yang boleh kita lakukan!"
Sebagai ibu bapa, ini adalah perkara yang paling teruk dan tidak menyenangkan untuk didengar apabila anda dapat melihat jarinya semakin buruk setiap hari! Ia bermula daripada kelihatan seperti ruam. Kemudian seakan akan melecur dan ia kelihatan ngeri! Saya fikir saya telah melihat yang paling teruk, tetapi pada keesokan harinya ia menjadi lebih teruk!
hati terdetik “tak mungkin mereka tidak dapat melakukan apa-apa untuknya apabila ia kelihatan buruk ini." hakikatnya, memang ​​tiada apa yang boleh dilakukan, jadi saya terpaksa duduk dan melihatnya menjadi lebih teruk. Mereka terus memberitahu saya, "ia akan menjadi lebih teruk sebelum ia menjadi lebih baik." Seteruk mana lagi ianya akan merebak ??
Doktor mengesahkan yang Ostiano dijangkiti Herptic Whitlow (Type 1 Herpes). 3 doktor pertama tidak dapat memastikan dengan tepat bagaimana ianya sampai ke ibu jari kaki anak saya. Herptic Whitlow biasanya dilihat pada tangan dan di dalam mulut. Tetapi jangkitan itu tiada pada tangannya atau dalam mulutnya!
Saya terus membawanya ke Hospital Kanak-kanak. Di sana, doktor memberitahu saya bahawa seseorang yang membawa virus herpes menciumnya di mulut (Percayalah, jika saya nampak siapa menciumnya di mulut, saya akan tamparnya!) dan memindahkan virus tersebut kepadanya.
Dia memasukkan tangan di dalam mulut, lalu menyentuh kaki, pasti ada luka pada kakinya. Siapa sangka? Sekarang kerana dia dijangkiti virus itu, dia terdedah kepada kudis. Dia sangat mudah dijangkiti dari SESIAPA SAHAJA!
Sudah 3 minggu dan kakinya HAMPIR sembuh! Beryukur sangat!! Tetapi inilah pengajaran untuk orang yang fikir tidak mengapa mencium bayi hanya kerana mereka teringin untuk cium. Anda tidak tahu bagaimana SENSETIFNYA bayi. Kita semua membawa banyak bakteria, virus, dan lain-lain yang kita tidak tahu boleh menjangkiti mereka!
Kita tidak terfikir yang kita boleh menjejaskan bayi ketika kita cuba menunjukkan rasa cinta kepada mereka. Tolonglah, fikir sebelum anda mencium bayi! Saya haerap dengan apa yang Ostiano lalui ini, dapat membuka mata mengapa para ibu tidak mahu orang mencium bayi. Bukan kedekut, tapi hanya cuba untuk lindungi mereka.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang mendoakannya. Saya amat menghargainya. Walaupun anda tidak tahu apa yang sedang berlaku dengannya, anda masih berdoa untuk persoalan ini terjawab serta kesembuhannya. Kami mendapat kedua-duanya! Terima kasih."

Wednesday, September 27, 2017

Anak Sima, Si Hantu Pemakan Jantung

Cerita ini beredar di masyarakat sekitar sungai hulu tentang kewujudan ‘Anak Sima’. Hal yang dipercayai masyarakat setempat, Anak Sima adalah bayi yang berasal dari hubungan di luar nikah yang dibuang ke hutan untuk menutupi aib.


Bayi tersebut kelaparan dan kedinginan di hutan, hingga ia menangis keras. Tangisan tersebut ternyata mengundang datangnya Takau, seekor makhluk halus yang terkuat dalam mitologi Kalimantan Selatan. Takau tersebut akhirnya pun memutuskan untuk mengasuh bayi itu, bahkan memberinya kesaktian.

Kononnya, Anak Sima sangat gemar memakan jantung. Di Kalimantan, tersebar kepercayaan jika mendengar suara bayi menangis di sekeliling rumah, maka mereka mengatakan, “Aku bukanlah ibumu, ibumu adalah anu di kampung anu.” Masyarakat percaya setelah mengatakan begitu, maka Anak Sima akan pergi ke tempat yang dimaksudkan.

kredit : sengal Panranormal Team - Sepat

Monday, July 24, 2017

Salam Mama semua...
Selamat berhujung minggu ya.

K.Rehan nak kongsikan Teknik Bercakap & Memeluk Anak
Menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)


1) Teknik bercakap dengan anak perempuan dan lelaki

Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula 'memandang ke tengah antara kening' tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak2 bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai2 saja, sambil makan2 petang. Ok kan?

Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras 'telinga kirinya'. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata2 perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang2 kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.

2) Teknik memeluk anak perempuan dan lelaki

Lihat pelukan pada anak perempuan ya. K.Rehan tepuk dan gosok2an di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila2. Best kan..bila tahu tekniknya ni

Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan akak tu. Ok kan? Kita gosok2lah beberapa saat. Bagi lah se'das dua' nasihat. Tak boleh cakap banyak2 pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau. Insya Allah, sama2 kita hasilkan anak2 yang mendengar kata.

Selamat mencuba Teknik Islamic NLP

#RehanSidik
#MendidikGenerasiAlQuran
#AnnurRaudhahPublication
#TadikaPermataRaudhah

Saturday, July 22, 2017

Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka.  
Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita. 
Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa.  Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka.  Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka.  Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.


Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama.  Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak. 

Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.

"Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation."
Michael Thompson PhD., 'Raising Cain'.


Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
*School of Sociology, Social Policy and Social Work, Queens University, Belfast.

Saturday, March 18, 2017


EGONYA KITA DENGAN ANAK!

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang jemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Sungguh tinggi ego kita.
Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.