Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Monday, June 12, 2017

Katanya Biskut Ulat, biskut raya viral tahun nih.. Jom try..Comel ke comel...share klu suka.. 😁


Bahan2
1/2 cwn butter
1/4 cwn susu pekat
1/2 sk esen vanila
1+ 1/2 cwn tepung jagung
Coklat cip


Cara2
1. Sebatikan butter dan susu pekat. Pakai senduk kayu je.
2. Masukkan esen vanila. Sebatikan.
3. Masukkan tepung jagung. Uli sbati bagi doh tak lekat kt tangan. Boleh adjust sdiri ye sukatan tpung.
4. Gentel dan bentukkan macam ulat. Tak pakai acuan.
5. Letak coklat cip.
6. Bakar suhu 150° selama 20 minit. Ikot oven masing2.

#share

Sunday, June 4, 2017

sedikit desert utk buka puasa sat g..
Ingat lg x mamy pesan pagi td..balance roti yg dipotong2 slps buat roti sosej jgn buang kan..ni la hasilnya..mamy sempat buat puding roti karamel je...ingat nak buat puding roti marble..agar2 plak xdak.malas nk p kedai..terhasil la 👇👇👇👇👇


PUDING ROTI KARAMEL
Bahan bahan:

3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan

Bahan bahan Puding

4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla


Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.
Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.
Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.

SELAMAT BERBUKA PUASA WARGA MAHN 😃😃

Thursday, February 2, 2017

BROWNIES CHEESE KUKUS

BROWNIES

Bahan A:

- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 100 ml minyak
- 1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:

- 1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh baking soda

CARA-CARA :-

1. Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.

2. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.

3. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti).

4. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:
- 500g cream cheese
- 4 biji telur grade B
- 140g gula halus
- Sedikit esen vanilla

CARA-CARA :-

1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata.

2. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.

3. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.

4. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies chesse cake.

Thursday, January 19, 2017

Resepi Kek Karamel
Kredit : dari dapur kecah

Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
• 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
• >tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu
*Cara saya, masak gula hangus dalam periuk, kemudian tuang dalam loyang.

(B) Bahagian Atas
• 1/2 tin susu cair FN (200ml)
• 70gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 3 bj kuning telur
*Untuk dapatkan karamel yang tebal boleh gandakan jumlah susu dan telur

(C) Lapisan Kek
• 140gm tepung gandum
• 70 gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 3 bj kuning telur
• 135ml air biasa
• 1 sudu teh baking powder (guna sudu kfc)
• 45ml minyak msk

(D) Merinque
• 6 bj putih telur
• 70gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu kfc)

Cara-cara
• Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.

• Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.

• Pukul bahan (C) ketepikan

• Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.

• Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.

• Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang

• Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C

• Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.
KEK AISKRIM
==========
Perkongsian dari Fb Nor Hidayah Mohamed Said

Assalamualaikum..saje nk share kek utk mothers day 2thn lps..sy buat utk mak..sbb mak x suka mkn kek so sy buat la kek berasaskn aiskrim n yg penting 100% homemade aiskrim...happynye bla tgk mak mkn....resipi kat gambar ye

Resipinye

2tin susu cair
3/4 tin susu pekat(ikut kemanisan)
11/2sdb ovallete
Vanila flavour
Serbuk koko

Cara2..

Putar semua bahan hingga kembang n bahagi 2 bahagian
Satu bahagian letak vanila n satu bahagian letak serbuk koko
Tuang dlm loyang selang seli n sejukkn dlm peti hingga keras...sblm tuang adunan lapikkn plastik kt sebelah dlm loyang..sy guna loyang yg blh keluarkn lapik dlm tu...
Dh lapik plastik br tuangkn adunan aiskrim tu..plastik kna lebih dr loyang ye supaya aiskrim.x lekat kat loyang nnt..bila dh keras tolak je lapik bwh loyang tu n keluarkn aiskrim td..
Tuang coklat cair n tabur la ape2 yg anda suka...hehe..sy tabur badam cincang

** kek cepat cair. so lepas potong terus masuk dlm peti semula