Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, November 29, 2017

HATI AYAM & ORGAN DALAMAN PUNCA MANUSIA BERPENYAKIT?Kita diajar kalau nak tambah darah kita kena makan hati lembu dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat tinggi . Tetapi Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut cara kafir ke nak ikut cara Nabi Muhammad SAW? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat islam.Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:
- Antibiotik tylosin- Penisilin- Oxytetracycline- Kanamycin.
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:- Hati- Paru-paru- Perut- Hempedal- Buah pinggang- Jantung- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam- Telur ikan
Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi . Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Waallahualam...
MORE feed

Tuesday, August 15, 2017

Konspirasi Gula Di dalam Susu Pekat Manis

Disangka susu, rupanya Susu Pekat Manis adalah #konspirasigula semata mata!

Susu Pekat Manis di proses dengan menambah “dosa dosa” dari gula yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya tidak di buka dari tin. Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu MATI lalu mengekal tahap sterile susu tersebut. Kandungan gula di dalam satu tin Susu Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan susu hanyalah 10%.

Masihkah anda ingat kepada satu iklan yang menggunakan Susu Pekat Manis dengan tagline “ Membesar Dengan Susu Cap X ?”

siaran Iklan yang di tayangkan pada tahun 90 an itu menunjukkan kanak kanak berebut minum “susu” berkenaan dengan membayangkan suasana yang aktif dan cergas.

Menggunakan tagline "Minuman Yang di Percayai Turun Temurun", bermakna sudah turun temurun kita tertipu!

Pada ketika itu (malah kini), ada ibu bapa membancuh Susu Pekat Manis di dalam botol susu dan di beri kepada anak anak sebagai penganti kepada susu tepung.

Seperti mana produk #konspirasigula yang lain, produk Susu Pekat Manis juga di war warkan dengan slogan Rendah Lemak, Mengandungi Vitamin D,Vitamin A, Vitamin B, Lebih Calcium, Extra 25% dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.

-------------------------------------------------------
Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Pekat Manis? Fikirkan Semula..

Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah LUAR BIASA. Susu Pekat Manis di gunakan secara berleluasa sebagai pemanis minuman seperti teh Tarik, air bandung, kopi,minuman perisa coklat dan sebagainya. Selain itu ia juga sering di gunakan dalam kuih muih, kek, ABC, Cendol dan sebagainya.

Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis didalam MINUMAN merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari. Data dari 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram ( 3 sudu) SUSU PEKAT MANIS setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah rasa manis dalam minuman, rakyat Malaysia juga telah menambah 21 gram (4 sudu) gula menjadikan jumlah pengambilan gula tambahan hanya di dalam minuman sebanyak 37 gram.

Mengikut pecahan kaum, MELAYU merupakan pengguna tertinggi gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum India dan Cina.
-----------------------------------------------------------
Teh Tarik Sebagai BONEKA #KONSPIRASIGULA?

Teh Tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi boneka kepada #konspirasigula.

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor
Daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak,''

Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada Susu pekat manis mungkin merupakan alternative yang lebih baik bagi menikmati Teh Tarik Kegemaran rakyat Malaysia.

-----------------------------------------------------

Ingat Susu Pekat Manis, Ingat Diabetes dan Komplikaisnya

Secara ringkasnya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami maslaah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung .

Menurut kajian pada 2013 Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah di potong akibat komplikasi kencing manis.

Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Foot Ulcer pasti akan ingat bau tersebut selama lamanya.

Oleh itu, ingat Susu Pekat Manis,
Ingats Diabetes dan Komplikasinya.

Mesej dari Public Health Malaysia

Rujukan
1. Maria Sofia V Amarra,Geok Lin Khor, Pauline Chan. Malaysia Added Sugar Intake. Asia Pac J Clin Nutr 2016;25(2):227-240.
2. http://www.milkingredients.ca/index-eng.php?id=193
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Condensed_milk
4. Teh tarik sedap tapi mudarat http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm
5. http://www.livestrong.com/article/267787-sweetened-condensed-milk-nutrition-information/
6. http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=943

Tonton iklan susu pekat manis pada tahun 80 an
https://www.youtube.com/watch?v=DaAHertJCEM
https://www.youtube.com/watch?v=AkDMzBLprlU
https://www.youtube.com/watch?v=lbKgc2sWyfM
https://www.youtube.com/watch?v=fe5K3Vt-Lic

Thursday, February 9, 2017

Makin gemuk? Memang lah. Rata-rata yang berbadan supermodel dan juga kurus hensem selalunya akan naik badan sekelip mata selalunya selepas tamat belajar/ mula ke alam kerja. Sini ada 10 cara mudah untuk bersenam di rumah, untuk kekal cergas, fit dan cantik.

1. Berjalan
Jika cuaca elok, berjalan di sekitar rumah sambil lihat pemandangan sekeliling memang menyeronokkan. Jika cuaca tidak mengizinkan, cuba berjalan naik turun tangga beberapa kali (pada masa sama boleh angkat turun barang lagi). Ini boleh menguatkan kaki dan lutut. Jika tiada tangga? Berjalan sahaja keliling dalam rumah, walaupun kurang seronok, tetapi masih berkesan.

2. Jumping jack/ lompat bintang
Ini paling seronok, boleh ingat kembali memori zaman kanak-kanak. Lagipun siapa yang tidak pernah main lompat bintang kan? Jangan pelik, jumping jack adalah salah satu senaman kardio yang hebat, juga boleh jadi warm up juga.

3. Pushup/ pumping
Senaman paling tidak disukai kan? Walaupun nampak susah, tetapi pushup boleh juga dilakukan dengan cara mudah. Tidak perlu cuba jadi macam atlet siap pushup guna sebelah tangan, buat sebagaimana yang anda mampu. Buat dengan lutut, berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap dinding. Sesuai untuk meningkatkan kekuatan tangan, juga menguatkan bahagian sekitar dada.

4. Leg lifts/ apungan kaki
Kuatkan kaki. Jika rasa susah untuk apungkan kaki, bengkokkan kaki sedikit

5. Crunches/ tekan tubi
Untuk kekuatan abdomen/ perut. Tidak perlu risau jika kepala tidak dapat naik habis, asalkan dapat naik/bangun dan anda dapat rasa tekanan pada bahagian perut, ini dah cukup bagus.

6. Jogging in place/ joging setempat
Hebat untuk jantung. Boleh joging semasa menonton tv ataupun mendengar muzik. Jika ada pun alatan yang perlu, hanyalah sepasang kasut untuk mengelakkan kaki melecet/ tekanan pada kaki.

7. Squats
Berkesan untuk kaki dan punggung. Jika rasa susah, juga boleh dilakukan dengan memegang hujung kerusi. Asalkan boleh buat berulang beberapa kali, dah cukup bagus untuk badan.

8. Angkat Berat
Tidak perlu pergi kedai beli alat sukan mahal beli besi angkat berat mahupun dumbel. Guna sahaja apa-apa yang ada di rumah. Mulakan mengangkat barang-barang ringan, seperti setin air pepsi, sebelum pergi kepada barang yang lebih berat, sebekas (ada pemegang) pencuci lantai cecair saiz besar.

9. Menari
Senaman yang menyeronokkan. Bahkan boleh meningkatkan emosi/ semangat juga.

10. Step exercises/ Berjalan setempat
Senaman naik turun satu anak tangga. Boleh kuatkan otot kaki. Pastikan jangan tergelincir semasa melakukan senanam ini. Jika rasa kurang seronok, buatlah apa-apa gaya aerobik juga, asalkan naik turun terjadi.

Tidak semestinya pergi gym atau ke taman-taman rekreasi setiap minggu untuk melakukan senaman. Jika buat di rumah, anda boleh mengelakkan bayaran yuran gym yang mahal. Senaman selalunya lebih mudah dilakukan jika anda merasa selesa, dan di rumah, anda boleh bermula tanpa apa-apa halangan/alasan, juga boleh melakukan dengan lebih kerap.

Thursday, February 2, 2017

Nukilan Ahad seorang Pakar Buah Pinggang

Tidak boleh kencing lepas minum daun rerama!

Dua bulan yg lepas:
55 tahun, MakCik
Datang hospital kaki bengkak, perut besar penuh air terkumpul (ascites) sbb tak boleh kencing. Beliau mengambil daun rerama dah berapa minggu. Bacaan creatinine 930 umol/L (normal bawah 90) & perlu dialisis. Saya buat ujian biopsi (ambil contoh tisu buah pinggang) & beliau disahkan mengalami penyakit SLE & komplikasi buah pinggang, Lupus Nephritis (Class IV), juga terdapat interstitial nephritis (alahan buah pinggang disebabkan reaksi kpd bahan yg diambil). Alahan tu tak boleh salahkan ubat hospital ye sbb beliau sihat, tak ambil ubat apa2 sebelum tu.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan antibodi (protein darah) dengan banyaknya & menyerang organ sendiri. Punca penyakit SLE tidak diketahui, dan telah menyerang buah pinggang MakCik ni.

Jarang pesakit yg alami ini tak ada kencing langsung, pendapat saya daun ni lah penyebabnya. Terkejut saya membaca website rerama ni mengatakan ia boleh merawat SLE!! Maaf ye, saya tak pernah lihat kajian terperinci dijalankan ke atas manusia berpenyakit SLE. Kajian dimakmal elok duduk dimakmal, dah siap nanti elok jumpa kami utk kajian fasa 3/4 untuk manusia pulak. Jangan terus memasarkan produk kata merawat penyakit. TAK BETUL.

Hospital kerajaan tak pernah ditutup, kami sedia membantu bila2 masa sahaja. Kami tidak pernah mengganggu hak asasi pesakit. Saya pun tak terkira berapa ramai pesakit yg datang & mohon maaf kepada saya kerana tidak mengikut nasihat. Faham lah ye kenapa kami trauma, ribuan yg kami lihat memilih jalan yg akhirnya mereka sendiri sesali. Kami sedih lihat penderitaan mereka!

Bertuah Makcik ini mempunyai anak2 yg prihatan. Entah berapa ramai orang2 lain suruh beli itu ini, sampai kena kunci rumah tak bagi jurujual datang! Beliau mendengar nasihat kami, ikut rawatan kami. Beliau menjalani kemoterapi "cyclophosphomide", alhamdulillah kencing keluar lepas 2 minggu, dan 4 minggu tidak lagi perlu Dialisis. Bacaan creatinine normal kembali😊. Tak payah daun, tak payah herba, tak payah apa2 teh.

Bincang dgn Doktor yg merawat, JANGAN dengar jurujual yg nampak gaya nak mengaut keuntungan. Kalau jujur, kenapa tidak menerima pendapat seorang Pakar Buah Pinggang?

#JanganKacauPesakitKronik
#MedTweetMY

Dr Rafidah Abdullah
Doktor sejak 1997
Pakar Perubatan sejak 2001
Pakar Buah Pinggang sejak 2005

C&P

Tuesday, June 9, 2015