Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

PERMOHONAN MAAF SELEPAS KEMATIAN IBUBAPA


SOALAN

Bagaimanakah cara kita mintak maaf dari ibubapa yang telah mati?

JAWAPAN

الحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَى نَبِيَّنا مُحَمَّدٍ؛ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين.

Kesalahan terhadap ibubapa perkara yang sukar dielakkan kerana anak-anak tidak maksum.

Ibubapa pula pada kebiasaannya sentiasa memberi kemaafan kepada anak-anaknya.

Bagi anak yang melakukan kesalahan kepada ibubapa yang telah mati dan tidak sempat meminta maaf , wajib ke atasnya bertaubat kepada Allah SWT.

Di samping itu terus berbakti kepada ibubapanya walaupun setelah mereka meninggal dunia.

Muslim meriwayatkan daripada Ibn Umar:

«إِنَّ مِنْ أَبَرِّ الْبِرِّ صِلَةَ الرَّجُلِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ بَعْدَ أَنْ يُوَلِّيَ» .

Sesungguhnya di antara cara berbakti yang paling baik ialah menghubungkan silaturahim dengan rakan karib bapa setelah bapanya meninggal dunia.

Abu Dawud meriwayatkan ketika baginda SAW berada bersama para sahabatnya

« إِذْ جَاءَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا؟ قَالَ: " نَعَمْ، الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا، وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا، وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا، وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا، وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا» ".

Tiba-tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah seraya berkata, wahai rasulullah adakah aku masih boleh berbakti kepada kedua ibubapaku selepas kedua-duanya meninggal dunia?


Baginda SAW menjawab ya,iaitu dengan mendoakan untuk keduanya,beristighfar untuk mereka,menunaikan janji keduanya iaitu yang belum ditunaikan, menyambung silaturahim mereka yang ada hubungan dengan mereka dan menghormati rakan mereka.

Semoga dengan terus berbakti, kemaafan diberikan oleh mereka.

Kepada anak-anak pula hendaklah sentiasa ingat keredaan ibubapa adalah kunci syurga selepas keredaan Allah.

Sementara mereka masih bernyawa, lakukan yang terbaik untuk mereka.

Anak-anak tidak dapat menyelami perasaan dan penat lelah ibubapa melainkan setelah anak-anak tersebut bergelar ibu atau bapa.

Semoga kita semua menjadi aset penting kepada ibubapa kita walaupun setelah mereka berada di alam barzakh.
وصَلَّى اللهُ على مُحَمَّدٍ وعلى آلهِ وصَحْبهِ الأَكْرَمِينَ والحمدُ لله رَبِّ العَالِمينَ

INTAHA ⏹

وَاللَّهُ أَعْلَم
Sumber Facebook

Wednesday, March 8, 2017


Bila PAT keluarkan Statement yg Malaysia mampu tangkis serangan Korea Utara...ramai Rakyat Malaysia yg benak pengetahuan dan IQ setaraf Keldai memandang sinis dan menyindir keupayaan ATM kononnya aset2 ketenteraan Malaysia yg dibeli second hand dan tak layak berperang....kononya Malaysia nak lawan Korea Utara dengan Tank, Heli dan Submarin mcm dalam game...alahai

Bagi mereka Korea Utara yg kononnya memiliki kuasa nuklear dan kuasa ketenteraan yg ramai itu mampu membedil siapa saja yg mereka suka....Berdasarkan provokasi Peluru berpandu yg acap kali dilakukan Kim Jong.....

Ok first of all....Pilihan utama KorUT untuk melancarkan serangan keatas Malaysia adalah melalui Perluru Berpandu... Peluru berpandu yg sering dilancarkan KorUt itu adalah dari jenis Rodong yg mana rangenya hanyalah sekitar Perairan Jepun... Dan serangan melalui kerahan ketenteraan tidak akan berlaku atas faktor logistik... sedangkan peluru berpandu yg mampu capai jarak hingga ke Malaysia ialah jenis Taepodong....Dikatakan Taepodong, pengeluarannya agak terhad dan hanya dikeluarkan untuk memprovokasi US dan mengancam Moscow & Beijing..adalah amat mustahil ia dibazirkan hanya untuk menyerang Malaysia....

Dan kalau ia benar2 berlaku...Taepodong perlu melalui ruang udara Jepun, China, Vietnam mahupun Thailand...sedangkan Malaysia mempunyai perjanjian Pertahanan dengan negara2 tersebut.....Dan jika keajaiban berlalu dan Taepodong berjaya melepasi negara tersebut, SAM Malaysia yg ditempatkan dilokasi2 rahsia dikawasan Tanah Tinggi sekitar Pantai Timur sedia menanti menembak jatuh Taepodong....

Walopun Korea Utara Gila dan kera Sumbang tapi mereka tak lah sebodoh Rakyat Malaysia yg hari2 main fesbuk....

C/P

Tuesday, March 7, 2017


LAWAK ANTARABANGSA

Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?

Sebelum itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.

Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan.

Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon.

Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia.

Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik?

“Battle of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara.

Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam.

Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai “persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.

“Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang.

Siapakah lawak antarabangsa sekarang?
c/p

Wednesday, February 15, 2017

Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara PAS dan PPBM. Kenyataan beliau itu adalah ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bahawa jika PPBM meneruskan hubungan dengan DAP, maka hubungan yang cuba diusahakan adalah tamat. Tempoh sebulan adalah tidak perlu.

Ia menjelaskan dua perkara besar. Pertama, PAS serius dengan pendiriannya menolak DAP dan siapa pun yang ada hubungan dengan DAP. Selepas PAN yang juga ditolak kerana pengkhianatannya terhadap PAS, PPBM semakin dekat atau secara tidak rasminya ditolak oleh PAS. Adapun PKR, PAS secara serius mengkaji hubungan dengannya.

Kedua, persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan PH. PPBM telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

Kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata. Kerana itu, DAP, PAN, PKR dan PPBM terus menerus menembak PAS dengan senjata beratnya bahawa PAS adalah rakan UMNO. Kerana itu juga, UMNO mengurangkan tekanan dan perseteruannya terhadap PAS. Tujuannya sama. Menidakkan PAS sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun PH.

Bagi PH, undi PAS adalah undi UMNO. Maka jangan undi PAS. Bagi UMNO, undi UMNO adalah undi PAS. Maka undilah UMNO. Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan adalah samada untuk UMNO BN ataupun untuk PH. Hilangkan kemenangan untuk PAS.

Adakah itu sukar buat PAS? Ya, PAS sentiasa sukar perjuangannya. Tetapi kemenangan dan kekuatan PAS hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. PAS sentiasa yakin bahawa motivasi perjuangan Islam adalah 'beriring kesukaran adalah kemudahan'.

UMNO tidak mampu lagi selain berbuat baik kepada PAS. Rekod buruk UMNO terhadap PAS mesti dipadamkan demi survival UMNO. Manakala PH tidak pula mampu memomokkan rekod buruk PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu sebagai peluru ampuh buat membedil PAS. Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa PAS dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.

Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh PAS adalah menghujahkan perbuatan baik UMNO kepada PAS sebagai bukti bahawa PAS dan UMNO adalah satu. DAP menjaja PAS menyokong UMNO. PPBM menjaja PAS makan dedak UMNO. PKR menjaja PAS menyokong kezaliman. PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara.

PAS menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya. PAS akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. PAS setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.

Walau baik mana sekali pun UMNO terhadap PAS, PAS akan kekal bersendirian melawan UMNO. UMNO adalah musuh tradisi PAS dalam politik. Jika UMNO ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika UMNO bersandiwara atau hanya berlakon semasa susahnya kini, lambat laun UMNO pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri. PAS telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. PAS telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.

PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang.

Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam PAN. Mabuk laut tak apa.

Orang bertanya mana bahaya antara UMNO dan DAP? Saya berkata, bahaya UMNO bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahawa dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan.

Tuesday, February 14, 2017

Berita tergempar 14 Feb 2017, abang sulung pemimpin utama Korea Utara di dakwa terbunuh di KLIA oleh 2 agent perisik wanita korea utara.


Perkara ini telah tular di dalam laman twitter dimana kebanyakan tweet mengatakan abang sulung tersebut dibunuh manakala berbeza dengan tweet dari korea utara yang menyatakan si mati terbunuh disebabkan keracunan makanan kerana sikap pengotor rakyat Malaysia.


Kim Jong-nam was the eldest son of Kim Jong-il, former leader of the Democratic People's Republic of Korea. From roughly 1994 to 2001, he was widely considered to be the heir apparent to his father and the next leader of North Korea. Wikipedia