Showing posts with label resepi kek. Show all posts
Showing posts with label resepi kek. Show all posts

Friday, June 2, 2017

Tq Puan Noor Azwa untuk resepi Kek Minyak yg best dan sangat menyelerakn ni. Sedapnya dengan rasa yang penuh lembut kek ni. Jom kongsi bersama .


Bahan-bahan
5 biji telur
1/2 cawan gula Halus
2 cawan tepung gandum
1 camca Teh Baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu Besar Ovallate ( jangan kedekut )
1 cawan minyak masak

Pewarna & perisa


Cara-cara :
1) pukul telur bersama gula dan ovallate hingga
Kembang.
2) masukkan susu pekat dan garam secubit. Pukul lagi
Sekejap.
3) masukkan minyak masak dan perisa sambil dipukul
Lagi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
4) akhir sekali masukkan gandum bergaul rata.
5) selepas itu, bahagiakan adunan kepada 3 warna.
6) bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit, atau sehingga masak...

Thursday, June 1, 2017

RESEPI CHEESECAKE BROWNIES!! YANG SANGAT SEDAP DAN LEMBUT!


untuk adunan brownies:
115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
150g (3/4 cawan) gula perang
2 biji telur
50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
1 biji telur
225g (1 cawan) cream cheese
50g (1/4 cawan) gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:
Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.


Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.
Tip:

Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.


*Jemput share dan tag kawan2 k