Showing posts with label samun. Show all posts
Showing posts with label samun. Show all posts

Thursday, November 23, 2017

SEORANG PEMANDU LORI MENGHADAPI SAAT MENAKUTKAN APABILA HAMPIR MENJADI MANGSA ROMPAKAN DAN SAMUN SEMASA SEDANG BEREHAT DI LEBUH RAYA KARAK BERHADAPAN MRSM BENTONG.

LEBUHRAYA KARAK

Lebuh raya karak adalah laluan utama bagi pergerakan kenderaan dari pantai barat dan pantai timur. Keadaan laluan lebuhraya karak ini yang berbukit bukau memang menjadi cabaran buat pemandu lori yang membawa muatan yang banyak. Oleh itu, lebuhraya karak adalah tempat biasa bagi pemandu lori atau kenderaan lain berehat samada untuk tidur atau makan.


ROMPAKAN SAMUN

"Lokasi Bentong:
Beringat la Pilot2 Lori yg duk Parking tido,rehat di Higway tu..
Pemandu Ditetak Perompak
Kejadian lewat malam tadi depan MRSM Bentong highway Karak. Suspek 4 orang berparang cuba rompak lori yang sedang parking. Pilot sempat terajang bila suspek buka pintu. 2 kena terajang tersungkur. 1 suspek sempat tetak. Mangsa terus tutup pintu, masuk gear dan pecut..."

DIKEPUNG OLEH 2 KENDERAAN 4X4
Berikut perkongsiaan oleh pengguna facebook yang menyatakan dirinya dikepung oleh dua buah kereta 4x4 semasa rehat di RNR Bentong sebelum diselamatkan oleh pengguna motor scrambler.


LANGKAH KESELAMATAN DI LEBUHRAYA KLIK DISINI

Wednesday, May 24, 2017

Kejadian petang tadi di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang 23/5/17 anggaran selepas Asar.

Tengah urut baby, dengar orang lelaki bagi salam... dengar suara jauh macam luar pagar lah.


Masa ni memang tak kuasa nak hendap kat tingkap sebab bulan lepas dah pernah intai ada orang lelaki dok bagi salam macam minta derma..

Tengah sibuk siapkan baby, dengar lagi suara tadi bagi salam tapi kuat sangat macam dah ada depan pintu rumah kat dalam.

Rasa tak sedap hati memang tak berani nak jenguk ke luar, cuma jalan ke pintu nak ambik baju baby dalam bakul.

Sampai kat pintu dengar bunyi air kuat macam hujan.... buat taktau jugak lah..

Elok bak balik dia tanya siapa bukak air kat luar, paip rumah sebelah pun sama.

Padahal pintu pagar depan berkunci, rumah sebelah pun berkunci!

Paip air memang dia bukak penuh air paling kuat.

Macam taktik nak suruh orang keluar rumah untuk tutup air tu kan?

Persoalannya dia panjat pagar nak bukak paip tu? Sebab nak capai daripada luar memang tak boleh ada tembok.

Hmm taktaulah apa jadi kalau aku intai luar nampak air terbukak tu pastu keluar tutup air.


Mungkin dia dah standby kat sebelah pagar? Nak samun?

Allahu... semoga kita semua dilindungiNya... skang pun dok berdebar2 lagi pikir apa jadi kalau keluar tutup air tu 😔

sharelah peringatan kat kawan2 mak2 korang...

Nota: yg kondem pasaipa saya duk "luah perasaan" kat sini tu ni nak habaq. Bukan saja2 story panjang2. Ni nak bg peringatan kat semua tak kisah la sapa. Tak suka takyah baca senang. Dah buat report polis pun... beringat la utk semua jangan satgi jadi lagi kes kat family kita sebab depa taktau taktik ni...

- Kalau rajin baca komen dah banyak lokasi dan negeri penyamun guna taktik macamni. Jadi kita beringatlah sama2 😢

credit: Sara Sulaiman