Saturday, January 16, 2016

CILI BOLEH MENGUBATI SAKIT KENCING MANIS DAN OBESITI


ILMU KESIHATAN:Artikel 286:
Mitos atau betul..termakan biji2 CILI boleh kena Appendic?
Tahukah anda Kebaikan dan Kelebihan Makan CILI?

Cili nama saintifik nya ialah Capsicum. Org Penang & Utara panggil CABAI. Org PantaiTimur ghoyak...LADA. Org selatan..doc tak tau...le.

Allah bagi macam2 jenis cabai/cili: Cabai Muda,Hijau.Merah, kering......Cili Api, Melaka, Burung..... Tpi yg bestnya... Ada yg PEDAS BERDESING sampai berasap keluak kut telinga!! hahaha.

Doc klu makan masakan tanpa cili, rasa tak puas. Doc org Penang klu pekena sambal pedas belacan bertambah 'kick' & terangkat habis!!. Klu anda Org Msia TULIN ; tak puas kalau tiada cili dalam masakan. Yg best kita tau hentam je mkn cili; tpi tahukah anda, apa kebaikan cili pd kesihatan kita? Mai doc share dgn anda:

Cili ada komponen aktif namakan CAPSAICIN yg best untk kesihatan kita.

Ni dia doc nak habak kebaikan CAPSAICIN:
1) Menurunkan Kadar Gula Darah dlm badan kita. Kajian membuktikan cili boleh mengawal tahap insulin selepas makan. Paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili. Org yg kencing manis & tinggi berat badan....cili good for u. Tpi jangan dikunyah2 mcm sireh tiap masa......hihihi.

2) Dlm satu menyelidikan didpti Cili buatkan otak kita melepaskan ENDORFIN, iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Mai doc & anda cuba..bila rasa sakit badan dan sendi...kita tibai cili... klu hilang sakit ok tu...tpi lidah pula rasa pedas melecas.... hihihi.

3) Penyenang Fikiran & Jiwa.
U all rasa pelik tak, Allah cipta cili tu PEDAS tapi U all suka juga & puas makan cili sehingga klu tiada cili rasa tak kepuasan. Ini krn Hormon ENDORPHIN dicipta Allah yg dikeluarkan otak memberi nikmat makan & ketagih serta naikan selera anda lagi walaupun ianya pedas. Sebab tu rasa seronok dan puas kalau dapat makan masakan yang ada cili lebih-lebih lagi ada kwn doc ada yg sampai boleh gigit cili kaw2 mentah-mentah. Org Kelantan klu cili letak dlm budu ke, buat cili kicap ke... fuhhh... mu sumo TERANGKAT...meleleh ayak liok..kata org Penang ooii!!
Nampak cili ni pun dah rasa tenang dah... dan dah terbayang kesedapannya!!

4) Menyehatkan Jantung & Elak Strok
Cili meningkatkan peredaran darah yg dpt elak drp serangan jantung & strok.

5) Cegah Kanser Prostat.
Ada kajian mengatakan sapa mkn cili risiko dapat kanser prostat rendah.

6) Sebagai antibiotik.
Capsaicin ada ciri-ciri anti-bakteria & anti-radang. Cili lancarkan peredaran darah & bawa darah putih melawan jangkitan kuman.

7) Legakan selsema & asma.
Cili dpt legakan hidung tersumbat dgn tingkatkan metabolisme. Ia juga kembangkan saluran udara paru-paru & kurangkan asma. Di klinik doc..sapa2 rasa dada sempit & kut2 asma nak menyerang, cuba2 le makan cili. Hi hi hi...Boleh try je!!

8) Cili Bantu Bakar Lemak
Capsaicin meningkatkan kadar metabolisme & pembakaran lemak. Kajian menunjukkan cili tingkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% dlm3 jam!! Tu dia tips percuma dr doc bgi sapa nak turunkan berat badan tu, makan cili dlm diet anda.

9) Sebagai antioksidan
Cili ada Vitamin C & A yg ada beta-karoten yg merupakan antioksidan. Ia memusnahkan bahan radikal bebas. Radikal bebas gerak dalam badan lalu merosakan sel2& saraf kita.

Mai sama2 doc tanam cili sendiri belakang rumah.....hihihi
Tu dia..banyak kebaikan & kelebihan makan cili ni ya. Rugi besar klu anda tak mkn cili nuuuuuuuu.

"Sapa makan cabai; dia rasa pedas!!"

Ada soalan Doc jwp.

Drp. Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim.
Bayan Lepas. Penang.
Tel: 046444181

No comments:

Post a Comment