SUAMI TAK JADI CERAI ISTERI LEPAS MASUK DALAM GUA
Suatu hari ada sepasang suami isteri yang sudah berumahtangga hampir lebih 30 tahun. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, kedua-dua pasangan mengalami konflik rumah tangga yang sangat runcing sehinggakan pada suatu hari si isteri meminta cerai kerana sudah tidak tahan dengan hubungan yang tidak menyenangkan ini. Apa sahaja yang si suami katakan menyebabkan si isteri sakit hati dan apa sahaja si isteri sebutkan menyebabkan si suami naik angin.
Pada suatu hari, si suami mendapat tahu bahawa ada seorang bomoh yang mampu menyelesaikan segala masalah perhubungan. Daripada masalah kanak-kanak, remaja, dewasa, jiran tetangga, penduduk kampung, ahli politik, rumahtangga sehinggalah masalah perhubungan sesama binatang juga tok bomoh itu mampu menyelesaikannya.
Bomoh itu hidup didalam sebuah gua yang perlu merentas tujuh petala bukit dan tujuk petala tasik.
Dengan tekad tinggi si suami tersebut, akhirnya mengambil keputusan bertemu dengan bomoh itu walau perlu bergadai nyawa demi menyelamatkan rumahtangga yang telah dibina selama 30tahun.
Bermulalah persiapan menempuh jalan yang sangat mengerikan. Dalam perjalanan, beliau terpaksa bertarung dengan ular sebesar pokok balak, melawan beruang yang sangat besar lebih besar daripada lori. Demi isteri tersayang, ditempuh jua. hampir tujuh minggu si suami menempuh lorong-lorong mengerikan.
Akhirnya bertemu jua si suami dengan tok bomoh tersebut di dalam sebuah gua yang sangat gelap.
Saat bertemu dengan bomoh tersebut, bomoh itu mengenakan beberapa syarat sebelum memberikan jalan penyelesaian yang dikehendaki si suami itu. demi isteri tersayang, si suami sanggup melakukan apa sahaja asalkan rumahtangganya selamat.
Syarat yang diminta hanya satu iaitu, berkhidmat tanpa upah selama 3 tahun. Tanpa berfikir panjang, demi isteri tercinta si suami bersetuju dengan syarat itu.
dipendekkan cerita, selepas 3 tahun berkhidmat dengan cemerlang akhirnya tok bomoh berpuashati dan akan memberikan jalan penyelesaian bagaimana untuk memulihkan persengketaan diantara suami dan isterinya itu.
Ditulisnya bomoh itu beberapa petikan kata dan diberikan kepada si suami itu. Bomoh itu meminta agar kertas itu hanya dibuka ketika sampai dirumah sebelum mengetuk pintu masuk.
Selepas mendapatkan apa yang dikehendaki, si suami itu bergegas pulang dengan penuh kegembiraan kerana tidak sabar sampai ke rumah untuk mengetahui apa isi daripada kertas yang di tulis oleh tok bomoh.
Selang beberapa minggu perjalanan pulang, akhirnya tiba si suami di hadapan pintu rumahnya dalam keadaan baju yang koyak rabak dan penuh dengan lumpur dan kotoran.
Pesan tok bomoh, kalau nak baca kertas tu hendaklah sebelum ketuk pintu...
Sampai depan pintu rumah, sebelum si suami mengetuk pintu... dibukanya kertas itu dengan perlahan dan penuh debaran...
dengan penuh keterujaan, si suami melihat apa yang ditulis oleh tok bomoh...
TERKEJUT si suami dan dengan penuh kegembiraan dan keriangan si suami telah pun jumpa jalan penyelesaian rumahtangganya...
dengan penuh kegembiraan dan keriangan, terloncat-loncat si suami pergi memberitahu isterinya akan penyelesaian yang diberikan oleh tok bomoh itu...
Si isteri juga berasa riang gembira dengan jawapan yang diberikan oleh tok bomoh itu.. Maka selepas melaksanakan apa yang diperintahkan oleh tok bomoh itu, berbahagialah pasangan ini walau hanya 2 hari mengikutinya...
Rupanya tok bomoh itu menulis..
.
.
.
Nantikan sambungannya dalam :
c/p fb Marathon NLP Technique
No comments:
Post a Comment