SAAT-SAAT TERAKHIR HGR
1. Walaupun pengasas scam HighwayGroup Resources (HGR) sudah resign, masih ramai mangsa2nya yang berkeras semuanya masih ok. Mereka berkata yang duit masih masyuk, orang lain take-over pengurusannya, jadi semuanya tetap berjalan lancar! Jadi pada mata mereka, line tetap clear!
2. Langkah mereka itu sudah tentu pelik bagi kita: “Dah nampaknya kubur pun masih menidakkan ajal lagi!”
3. Sebenarnya langkah mangsa2 HGR itu sudah menjadi standard action apabila scam mula2 nak runtuh.
4. Sebagai contoh, selepas Polis Thai menyerbu pejabat UFun pada bulan April 2015 (dan memulakan proses keruntuhan scam tersebut), badut2 majlis tertinggi UFun berkata semua itu hanya salah faham saja. Malah ada yang berkata yang Polis Thai tersilap pejabat!
5. Ada juga badut2 UFun berkata yang mereka masih dapat wang mereka walaupun semua usaha sabotaj oleh anasir2 yang tak bertanggung jawab berlaku!
6. Malah walaupun selepas serbuan demi serbuan dan tangkapan demi tangkapan dibuat oleh Polis Thai, puluhan badut2 UFun masih menidakkan semua itu. Semuanya adalah salah faham dan perkara kecil, dan peguam mereka akan kawtim semuanya dalam sehari dua!
7. Tetapi ternyata semua itu bukan perkara kecil. Satu persatu penyelewangan UFun dibongkar. Ini termasuklah penipuan kewujudan 3 buah ‘bank’, syarikat BinaPuri membuat kenyataan yang mereka tak buat JV dengan UFun, Major General Soonpan (yang dulunya dimegah2kan oleh badut2 UFun) melarikan diri, waran tangkap untuk 3 orang pengarahnya dikeluarkan oleh mahkamah dan UFun tak ada shareholding di projek hartanah Gateway Klang (tak seperti yang diclaim oleh Mohd Raus Idris).
8. Kita pendekkan cerita > UFun tukar nama ke Unascos tetapi itu tidak menolong kerana Unascos juga kini tinggal nama saja. Kesudahannya? Mangsa2 UFun/Unascos akan kehilangan SEMUA wang mereka yang pasti masuk ratusan juta ringgit!
9. Sekarang ini giliran badut2 HGR pula untuk berkeras yang line is still clear – nak bagi sedap hati mereka dan untuk meneruskan scam songsang ini – sepertimana badut2 UFun lakukan dulu. Tetapi ianya akan berkubur juga dalam sedikit masa lagi. Ini adalah kerana wang yang dikutip tidak akan mencukupi untuk leader2nya memberikan ‘saraan’ yang dijanjikan. INI PASTI AKAN BERLAKU. CUMA MENUNGGU HARINYA SAJA.
10. Walaupun begitu, badut2 HGR akan memberikan berbagai alasan (peribahasa Inggerisnya ‘clinging at straws’) untuk membuktikan HGR masih ok. Bukti sebesar dinosaur – pengasas dah resign (terminologi gantian untuk usaha melarikan diri!), puluhan leader sudah mendeletekan contact mereka, FB page dah kosong, ramai ahli yang tak dapat saraan – mereka buat2 tak nampak! Poin yang sekecil kuman dan tak penting seperti HGR diberi nama baru – UnionCapital – disalakkan!
11. Macam saya kata tadi, semua ini memang standard action mereka yang kelemasan!
sumber c/p fb azizi ali mentor wang
No comments:
Post a Comment