Saturday, January 21, 2017

TUKANG SAPU, ISTERI OKU KUDUNG KAKI MOHON BANTUAN RUMAH SEWA

LIHATLAH RUMAH TEMPAT MEREKA BERTEDUH

Pagi ini projek sedekah jariah rakan fb saya berziarah satu keluarga daif di 45 Pekan Lama,Kuala Ketil,Kedah.Suami bernama Mohd Sofi Zakaria,bekerja sbg tukang kebun di SMK Tanjung Puteri,Kuala Ketil,manakala isteri Siti Zaleha Abdullah,seorang oku yg kudung kedua kakinya sejak lahir.Mereka mempunyai 1 orang anak sendiri dan 2 lagi anak tiri yg yatim.Kesemuanya bersekolah rendah.

Tinggal dirumah sewa yg sangat teruk(lihat gambar) keadaannya dan tidak sesuai dikatakan rumah.Dalam rumah tersangat daif.Mereka tidak mendapat bantuan apa pun baik zakat atau Kebajikan.Projek sedekah jariah menawarkan untuk membaiki rumah,tetapi tuan rumah tidak benarkan rumah dibaiki menurut kata Sofi dan isterinya.Akhirnya kami menyerah wang tunai RM300 kerana katanya barangan keperluan masih ada kerana ada seorang insan hantar barang kelmarin.

Projek sedekah jariah merayu kpd anda yg ada kuasa dan berkuasa, bantulah hamba Allah ini mencari rumah baru,membantu keadaan hidup mereka.Jika tidak silap saya kawasan ini adalah kawasan parlimen Baling yg khabarnya sangat hebat membantu bencana luar negeri, takkanlah tak nampak hamba Allah ini.Jangan jadi kera dihutan disusui,anak dipangkuan diletakkan,dagang lalu ditanakkan,anak pulang kelaparan.Apakah kerana membantu orang Kuala Ketil tidak se gah membantu bencana diluar,tidak terpapar didada akhbar,maka dibiarlah melarat hidup mereka ,mungkin hari mengundi lambat lagi.Ziarahilah keluarga ini utk membantu apa yg boleh.Tel Zaleha
0134408439.

Terima kasih kpd penyumbang ke projek sedekah jariah ini,anda telah bersama membantu keluarga ini.

No comments:

Post a Comment