Thursday, January 19, 2017

WESTERN FOOD GRILL CHICKEN CHOP MASHED POTATO SOS BLACK PAPER

Grill Chicken Chop + Mashed Potato + Sos Black Pepper

Bahan Untuk Grill Chicken :
4 keping whole leg (debone)(tanpa tulang)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1cm halia - tumbuk kasar
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil

Bahan Untuk Mashed Potato :
3 biji kentang besar
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Serbuk Lada hitam kasar
Bahan Untuk Coleslow :
3/4 kobis putih - dihiris halus
1/2 kobis merah/purple - dihiris halus
1 lobak merah - dihiris halus
1 bawang merah - dimayang halus
1 sudu makan gula
1 botol mayonis coleslow brand lady's choice
Jus perahan 1/2 biji lemon

Bahan Untuk Sos :
1 biji bawang besar holland - dicincang halus
4 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis - untuk gelapkan sos
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
air yang mencukupi
Sedikit oregano kering
2 sudu besar mentega

Cara penyediaan
1. Cara Menyediakan Grill Chicken :
2. Bersihkan ayam dan lap hingga kering.
3. Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/pisau supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
4. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah.
5. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
6. Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk.
7. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
8. Perap ayam sekurang2nya selama 1 jam. Kalau nak lagi best perap semalaman.
9. Bakar daging sehingga masak gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.
10. Cara Menyediakan Mashed Potato :
11. Kupaskan kentang dan potong dadu kecil.
12. Rebus kentang bersama secubit garam sehingga empuk.
13. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.
14. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan mentega. Gaulkan hingga rata.
15. Perasakan dengan garam.
16. Tambakan lada sulah dan lada hitam jika suka.
17. Cara Menyediakan Coleslow :
18. Campurkan gula , jus perahan lemon dan mayonis dalam mangkuk dan kacau sehingga gula cair .
19. Masukkan mayonis dan gaulkan hingga sebati.
20. Perasakan – tambahkan perasa yg patut.
21. Simpan dalam peti ais.
22. Cara Menyediakan Sos Black Pepper :
23. Cairkan mentega ke dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga layu dan wangi
24. . Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
25. Masukkan tepung gandum dan kacau selalu supaya tidak bergentel.
26. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
27. Kemudian,masukkan pula kiub ayam,sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau lagi.
28. Kalau nampak pekat sangat boleh tambahkan sedikit air.Masukkan oregano. Didihkan.
29. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
30. Cara Hidangan :
31. Hidangkan grill chicken bersama mashed potato, fried fries,coleslow,tuangkan sos black pepper ke atas ayam.

No comments:

Post a Comment