Isu harga minyak sentiasa menjadi perkara yang hangat di Malaysia setiap bulan semenjak kerajaan mengumumkan harga minyak diapungkan dan ditetapkan setiap bulan. Isu harga minyak juga menjadi modal bagi pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan setiap kali harga minyak naik tetapi diam jika harga minyak turun dengan alasan yang tertentu.
Walaubagaimana pun, sejak beberapa bulan ini rakyat Malaysia sememangnya tertekan kerana harga minyak terbaru pada bulan Mac 2017 adalah Rm2.30 bagi Ron95. Kekal berbanding harga pada bulan Mac 2017.
Isu terkini yang ingin dibincangkan sekarang adalah mengenai Harga Minyak Ditetapkan Seminggu.
Persoalan disini, mengapa harga minyak perlu ditetapkan setiap minggu?
Berikut adalah andaian, pendapat yang diambil dari media sosial.
1. Jika berlaku kenaikan pada 30 hari adalah sebanyak 20sen, maka kenaikan setiap minggu hanyalah 5sen. Dari segi psikologinya, rakyat tidak merasa beban dengan kenaikan 5sen seminggu berbanding 20sen sebulan.
2. Mewujudkan persaingan dikalangan stesen minyak. Terdapat ura-ura yang mengatakan kerajaan akan menetapkan harga siling minyak. Maka stesen minyak boleh menetapkan harga minyak mengikut keinginan mereka selagi tidak melepasi harga siling kerajaan. Maka rakyat boleh mendapatkan info stesen minyak mana yang murah untuk mendapatkan penjimatan.
3. Mengurangkan kemarahan rakyat. Apabila harga minyak berubah setiap minggu, maka isu harga minyak tidak lagi boleh dimainkan oleh pihak pembangkang disebabkan harganya yang berubhah setiap minggu. Kenaikan yang kecil dak kerap akan mematikan isu harga minyak ini.
So, apa pendapat anda? Wajarkah harga minyak setiap minggu berubah? Sila saksikan siaran langsung pada hari ini seperti poster diatas untuk penjelasan lanjut.
No comments:
Post a Comment