Tuesday, March 21, 2017

ADAKAH FACEBOOK SOSIAL MEDIA YANG PALING MEMBOSANKAN DI DUNIA INI? INI JAWAPANNYA


Antara Facebook, Twitter dan Instagram, Mana Yang Lebih Membosankan.

Facebook, Twitter dan Instagram adalah antara 3 jenis media sosial yang paling diminati dan digunakan oleh umat manusia diseluruh dunia hari ini. Setiap manusia yang mempunyai smartphone pasti mempunyai applikasi salah satu daripada 3 jenis media sosial ini terutama rakyat dari negara yang lebih terbuka, manakala ada sesetengah negara yang tidak membenarkan applikasi ini digunakan di negara mereka seperti China atau Korea Utara.

Mengapa mereka tidak menggunakan applikasi media sosial ini?

Ada sesetengah khabar angin mengatakan bahawa media sosial ini mempunyai hubungan dengan risikan dari Negara Amerika Syarikat. Setinggi mana kebenaran isu ini tidak dapat dipastikan. Jika berminat anda boleh mendapatkan maklumar dengan hanya Google Search di website.

Kembali kita kepada tajuk utama post ini, manakah yang lebih membosankan diantara ketiga tiga media sosial ini.


Untuk makluman, berikut adalah kedudukan jumlah pengguna berdasarkan dari maklumat yang terdapat di play store.

1. Facebook 1Billion Download

2. Twitter 500 Juta Download

3. Instagram 1Billion Download


Ketiga tiga sosial media ini mempunyai perbezaan fungsi dan kelebihan yang ketara.

Facebook

1.Sosial media yang paling laris dipasaran tanpa mengira umur dan keturunan bangsa dan agama.

2. Menjadi lubuk kepada peniaga untuk mempromosi produk jualan kerana pasaran yang luas.

3. Syarat yang ketat serta data memori yang besar.

4. Boleh upload video yang panjang tanpa had.

5. Boleh menulis tanpa had


Twitter

1. Hanya boleh menulis ayat pendek

2. Video pendek

3. Gambar kecil

4. Ibarat seekor burung pipit yang kecil berwarna biru

5. Cit cit cit cit bunyi burung


Instagram

1. Gambar besar dan bermutu

2. Pusat tumpuan artis menjual muka

3. Boleh menulis dengan panjang

4. Sesuai yang suka selfie

5. Video Live lebih menarik

6. Perlu data internet yang banyak


*Berdasarkan maklumat tersebut, manakah yang paling membosankan bagi diri admin dan juga anda?


Inilah keputusan admin, sosial media paling membosankan jatuh kepada :


NO 1 adalah FACEBOOK yang penuh dengan orang yang suka menjual produk.

NO 2 adalah INSTAGRAM hanya mampu lihat gambar yang kaku, selfie tidak cantik.

NO 3 adalah TWITTER** adalah yang terbaik, penuh dengan cerita yang menarik, video pendek kelakar, data internet kecil.


Apa pendapat anda? Sila nyatakan tanpa ragu ragu

No comments:

Post a Comment