Tuesday, March 21, 2017

KENAPA FACEBOOK SELALU HANG UP, TIDAK BERFUNGSI? INI CARA PENYELESAIANNYA


Beberapa hari ini, applikasi facebook selalu berhenti berfungsi apabila ingin melayari internet. Perkara ini berlaku setelah aku update apps facebook yang terbaru. Kadang-kadang berlaku 2 hingga 3 kali sehari hingga buat aku frust. Ditambah dengan wifi yang slow di pejabat lagi membuatkan rasa fed up. 

Walau pernah terlintas ingin menghempas smartphone Lenovo ini yamg dibeli di Shopping Mall Pertama di tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan harga Rm700, namun perasaan itu dibuang jauh-jauh kerana jika smartphone ini rosak akan menyebabkan aku kerugian dan terpaksa membeli smartphone baru.

Apakah smartphone terbaru yang popular sekarang? Kupon diskaun dari Lazada masih belum digunakan ini. Ditambah sekarang Lazada sedang membuat promosi besar besaran sempena ulang tahun ke 5 mereka. Ingin kupon Lazada? Boleh dapatkan disini.

Okay, kembali ke isu utama seperti tajuk post ini iaitu kenapa facebook apps selalu berhenti berfungsi dan terpaksa di tutup?

Sebenarnya dah bermacam cara telah aku lakukan untuk selesaikan masalah ini. Antaranya adalah :-

1.Clear Cache
2.Clear data
3.Uninstall facebook apps

Namun begitu, kesemua cara ini tidak berjaya, hasilnya masih sama iaitu gagal berfungsi. Kemudian aku cuba google search kenapa facebook tidak berfungsi.

Akhirnya aku berjaya mendapat jawapannya iaitu edisi terbaru facebook terlalu banyak memori, kadang tidak sesuai dengan smartphone yang berumur 2tahun ini.

So bagaimana untuk selesaikan masalah ini?

Jawapannya adalah aku uninstall facebook edisi terbaru yang ada di play store dan aku install semula facebook apps edisi lama. Version yang terdahulu dari version yang ada di play store itu.

Bagaimana ingin mendapatkan facebook apps version lama?

Anda google search sahaja "Facebook old version" akan keluar lah nanti satu laman web yang menyediakan platform pelbagai versi apps facebook dari versi asal hingga versi terbaru.

Anda download sahaja versi yang anda inginkan sesuai dengan smartphone anda dan terus install. Dengan itu, maka masalah aku telah selesai. Akhirnya tiada lagi masalah facebook apps stop working.

No comments:

Post a Comment