Saturday, June 3, 2017

RESEPI KUIH RAYA BISKUT SEMPERIT YANG RANGUP

Resepi Biskut Semperit

Bahan2 :
250 gm butter
2 biji kuning telur
1 cwn gula aising
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn tepung kastard
2 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
ceri merah secukupnya (utk 90 - 100 biskut )


Cara2:
1. Kacau butter,gula,telur, & esen vanilla kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu
2. Masukkan semua jenis tepung,sedikit2 & uli hingga jadi doh
3 .Terap menggunakan acuan semperit,dan hias dgn ceri merah
4. Akhir sekali,bakar pd suhu 180'c api atas bawah selama 15 -20minit

Nota:
1. Sukatan 1 cwn= 100gm
2. Warna tepung kastard memainkan peranan kpd keserian biskut.Ada kalanya tepung kastard bewarna pudar,sy syorkan tepung kastard jenama nona @ bird custard
3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas bakar,letakkan aduan yg sudah diterap dibawah kipas biar terkena angin selama 15 minit.

Dikongsi Oleh: Siti Hajar Hashim

No comments:

Post a Comment