Sunday, July 23, 2017

BENARKAH KURAP DIKEPALA BERPUNCA POMADE MURAH? INI PENJELASANNYA

PENDAHULUAN MENGENAI KURAP

Penyakit kurap terjadi daripada persekitaran yang tidak seimbang kadar kelembapan dan penerimaan cahaya matahari.


Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada kurap antaranya ialah;
1. Memakai pakaian yang masih belum kering.
2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab dalam tempoh yang lama.
3. Memakai pakaian yang baru dijemur dan masih panas.
4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari.


Bakteria yang terdapat pada kurap merebak dalam keadaan yang lembab tetapi hangat.

Bakteria yang terdapat pada kurap dan sopak juga turut boleh dijumpai dalam air panas terutama air yang panas terjemur pada pancaran matahari (air musyammas). Kerap meminum atau menggunakan air musyammas untuk mencuci pakaian atau tubuh juga adalah punca terjadinya kurap sekiranya air tersebut tidak dikeringkan dalam tempoh yang lama. Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang belum kering air musyammasnya.

Bakteria kurap mudah dijumpai dalam air yang terjemur
Kulit yang mudah dijangkiti kuman disebabkan oleh struktur asal kulit itu lemah tenaganya. Sebenarnya kulit mempunyai tenaga dan kekuatan untuk mengawal jangkitan. Tenaga kulit menjadi lemah apabila diganggu oleh karektor negatif yang mempengarui kesihatan kulit.

Kesihatan kulit dikawal oleh keadaan hempedu. Hempedu mengawal karektor memendam sesuatu. Biasanya perasaan marah yang dipendam akan menyebabkan hempedu mudah lemah seterusnya melemahkan kulit.

Selagi seseorang itu masih lagi menyimpan dendam atau selalu bersikap marah di dalam hati, maka selagi itulah penyakit kulitnya agak sukar dirawat. Penyakit kulit ini bukan sekadar kurap, malah merangkumi hampir kesemua jenis penyakit kulit secara umumnya.

Antara sikap suka marah dalam hati atau marah yang tidak sampai kepada orang yang dimarahi ialah seperti marah pemandu lain ketika di dalam kenderaan sendiri. Ketika itu marah yang diluahkan tidak didengari oleh pemandu yang dimarahi. Sebaliknya penumpang lain di dalam kenderaan sendiri itu yang merasa ketakutan. Keadaan ini adalah antara punca gangguan karektor yang tidak disedari dan meninggalkan kesan kesihatan terhadap kulit sekurang-kurangnya jerawat yang sukar sembuh.

Kurap pada peringkat awal boleh dikenali dengan melalui rupa ruam yang berbentuk bulat atau cincin. Pada peringkat yang kronik ia boleh membengkak, berkudis atau gatal bernanah.


Kurap (dikenali melalui bentuk cincin
Kurap dikenali melalui tanda seperti cincin.
Kurap kronik boleh bernanah



SEJARAH POMADE

Bagaimana Pomade Bermula?

Dalam abad ke-19, lemak beruang adalah resepi utama pomade. Pada awal abad ke-20, jelly petroleum, lilin lebah (beeswax) kerap digunakan.

Pada awal abad ke-20 terdapat Murray's Superior Pomade (bermula pada pertengahan tahun-1920), Brylcreem (diperkenalkan pada 1928), dan Royal Crown Hair Dressing (bermula pdi tahn 1936).


Dixie Peach Hair Pomade adalah yang popular dikalangan remaja di U.S. sejak daripada perperangan dunia ke 2 (WWII) iaitu pada tahun 1960.

Pomade lebih popular dahulu berbanding sekarang, walaupun ia datang kembali pada tahun 2010 dengan penambahan pada market, yang mana mempunyai jauh kurang kandungan lanolin atau beeswax di dalam resipi formulanya.

Pada 2014, Zizilia Classic Luxuries memperkenalkan "The First Pomade Bar", yg membekalkan pengguna dengan bar dari pomade yang boleh digunakan dengan lebih mudah daripada tin tradisional.

Style rambut yg sesuai utk digayakan dgn Pomade pd awal kemunculannya dulu adalah dikenali sbg Pompadour. Kemudian ia kembali dipopularkan pd zaman ini. Cuma diberi penambahbaikan yg sesuai dgn kehendak trend masa kini..

Sumber : Wikipedia

"POMADE" datang dari mana?
Pomade adalah perkataan yang datang dari Perancis yang dikenali sebagai krim. (benda yang kita guna pada kulit kita untuk tujuan kesihatan).

Pada ketika itu, dikalangan orang-orang latin memanggil pomade sebagai pomum (buah/apple). Pada orang Itali pula, mereka memanggil pomade sebagai pomata.

"Apple" kan? yup... ia adalah kerana pomade pada awalnya dibuat dengan menggunakan apple + lemak haiwan dan herba.

* Elvis Presley adalah antara artis retro terkenal yg menggayakan rambut dgn pomade. Sebab itu gaya rambutnya yg stylo pd ketika itu menjadi fenomena anak muda seluruh dunia..

Kesimpulannya, Pomade pada awalnya hanyalah digunakan sebagai krim yg disapu pd kulit. Setelah melalui fasa revolusi, barulah ia diangkat menjadi produk jel rambut.

Hari ini pomade sangat mudah didapati di Malaysia dan produk pomade kita tak kurang hebatnya setanding dengan jenama luar negara. Yang paling TOP setakat ini tak lain tak bukan adalah HIPSTER POMADE.

"Kesimpulannya, syampulah rambut selepas mandi, jangan biarkan rambut tidak kering akhirnya kepala berkurap."

No comments:

Post a Comment