Sunday, July 23, 2017

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM, INI RAWATAN UNTUK ANDA SEBELUM MASALAH LEBIH TERUK

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM

Ramai wanita yang bergelar isteri mengadu tentang masalah kesakitan semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Hal ini adalah hal selalu dialami oleh para isteri dan tidak mampu dikongsikan dengan sesiapa.

Mereka malu untuk mendapatkan rawatan kerana menganggap masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan.


Namun ramai yang tidak menyangka bahawa rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin ini adalan tanda awal bagi sesuatu penyakit yang lebih serius.

Ramai wanita yang tidak menikmati hubungan intim ini, malah menakutkan mereka.

Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim, sama ada ia berkaitan dengan faktor fizikal ataupun psikologi.

1. Kurang lendiran sebagai pelincin hubungan intim.

Semasa hubungan intim dilakukan, cecair akan dirembeskan oleh faraj dan pangkal rahim yang bertindak sebagai pelicin. Dengan melakukan ‘foreplay’ yang lebih lama, lebih banyak lendiran dikeluarkan bagi mengurangkan rasa ‘kering’ atau sakit semasa hubungan intim. Ketidakseimbangan hormon seperti selepas melahirkan anak, menyusu badan dan menopaus, boleh menyebabkan lendiran ini kurang dikeluarkan.

Saya mencadangkan bahan-bahan natural seperti Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Minyak Zaitun yang lebih selamat dari minyak atau bahan pelincir yang dijual di farmasi. Ia akan diserap pada mukosa faraj tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan.

2. Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis akan menyebabkan wanita yg mempunyai penyakit ini merasa sakit apabila berlaku penetrasi alat kelamin suami. Kadang kala mereka hanya berasa tidak selesa atau mungkin rasa seperti ditikam di dalam abdomen (pelvis) mereka.

3. Jangkitan kuman dan luka

Jangkitan kuman dan luka boleh menyebabkan rasa pedih, dan rasa sakit semasa penetrasi. Jangkitan kuman biasanya berlaku pada pundi kencing, faraj atau pangkal rahem. Ini menyebabkan bengkakan dan dan wanita itu akan berasa sakit bila organ ini disentuh oleh alat kelamin lelaki. Apatah lagi jika berlakunya luka pada organ-organ ini.

4. Masalah kecacatan organ faraj

Ada wanita yang dilahirkan dengan masalah kecacatan sejak lahir pada faraj dan menyebabkan rasa kesakitan dan tidak selesa semasa hubungan intim.

5. ‘Vaginismus’

Ada wanita yang mengalami masalah psikologi di mana tidak boleh relaks dan membuka bukaan kangkangannya semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Masalah ini dinamakan ‘Vaginismus’ apabila otot-otot peha mengalami kekejangan atau mengecut sehingga menyebabkan kedua-dua belah peha menjadi rapat. Wanita ini berasa sangat takut dan tidak boleh membuka kangkangan. Sudah tentu penetrasi secara paksa akan mkenyebabkan rasa sakit.

6. Mental trauma

Masalah psikologi seperti penderaan seksual, juga akan memberikan kesan negatif pada wanita. Mereka terbayang kenangan lama di mana mereka dipaksa dan terasa terhina. Jadi tidak dapat merasakan nikimat melakukan hubungan intim bersama suami. Ia juga menyebabkan lendiran faraj tidak dikeluar dan akhirnya rasa sakit menjadi berganda.

Saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan jika ada yang mengalami masalah rasa sakit semasa melakukan hubungan seksual.

Selain itu boleh mengambil beberapa suplemen bagi menggalakkan pengeluaran lendiran faraj dan mengelakkan kekeringan.

Saya mencadangkan mengambil EKSTRAK KACIP FATIMAH KELUARAN FRIMCO untuk masalah kekeringan faraj ini, atau menggunakan VCO sebagai pelicin bagi mengurangkan rasa sakit.

No comments:

Post a Comment