8💖 Tempat Menarik Di Sekitar Kuantan Pahang Wajib Dikunjungi.
💖1. Bukit Panorama Sungai Lembing
Bukit Panorama yang terletak tidak jauh dari pekan Sungai Lembing ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai dan melihat sendiri pemandangan indah matahari terbit. Dengan ketinggian 271 meter pengunjung dapat melihat seluruh kawasan kampung Sungai Lembing yang diselubungi gumpalan kabus dan pastinya memberi pemandangan yang sangat menarik.
Anda perlu melakukan pendakian sebelum terbitnya matahari dengan melalui tangga dan denai yang telah disediakan terlebih dahulu sebelum sampai ke kemuncak bukit. Namun pengunjung tidak perlu risau kerana tangga yang disediakan bersimen dan terdapat tempat pemegang bagi memudahkan aktiviti pendakian.
💖2. Gambang Water Park
Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi. Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini.
💖3. East Coast Mall Kuantan
East Coast Mall (ECM) merupakan sebuah kompleks membeli belah yang terkenal yang baru dibina di bandar Kuantan. Kompleks membeli belah ini pastinya akan menjadi syurga buat penggemar atau ‘kaki shopping’. Terdapat banyak kedai berjenama, wayang, pusat karaoke dan bowling disediakan di sini. Selain membeli-belah terdapat banyak cafe dan kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan dalam dan luar negara boleh lawati. Di sekitar ECM ini juga terdapat banyak lot kedai dua tingkat untuk anda membeli-belah sambil bersiar-siar.
💖4. ANA Ikan Bakar Petai
ANA Ikan Bakar Petai mendengar namanya sahaja sudah cukup istimewa dan berbeza. Jika berkunjung ke Kuantan tidak sah jika tidak mencuba kenikmatan hidangan utama yang popular di sini iaitu ikan bakar petai. Restoran ini juga turut menyajikan santapan berasaskan makanan laut dan masakan ala Thai yang pastinya menjadi pilihan pengunjung.
💖5. The Living Museum of Sungai Lembing Mines
Kalau anda minat akan benda-benda bersejarah, tempat ini perlu dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Muzium ini berbeza sikit dengan muzium biasa kerana anda akan betul-betul masuk ke dalam terowong bawah tanah untuk melihat artifak-artifak yang ditinggalkan sejak zaman perang dunia ke-dua. Pengalaman bergembara dalam terowong yang misteri ini pasti akan menyeronokkan, kecuali patung pekerja yang nampak seram sikit.
💖6. Pantai Batu Hitam
Pantai Batu Hitam sangat popular di kalangan penduduk setempat dan pengunjung kerana terdapat batuan berwarna hitam yang membezakannya pantai ini dengan lokasi yang lain di sekitar Kuantan, Pahang. Keunikan ini telah menjadikan Pantai Batu Hitam sebagai tempat yang diminati pengunjung. Batu-batuan berwarna hitam yang melatari pasir putih menjadikan pantai ini sangat unik dan sering menjadi tumpuan lensa kamera bagi penggemar seni fotografi. Justeru, pengunjung yang menggemari aktiviti fotografi jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini dan merakam panorama indah ciptaan Tuhan.
💖7. Air Terjun Sungai Pandan
Air terjun yang sejuk dan damai sangat sesuai kepada pengunjung yang ingin beriadah sambil menenangkan fikiran. Air terjun Sungai Pandan merupakan air terjun yang terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan pengunjung dari luar. Air terjun yang terletak di Felda Sungai Pancing Selatan Pahang merupakan destinasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti berkelah, bermain air dan perkhemahan. Jarak antara Air Terjun Sungai Pandan dengan bandar Kuantan kira-kira 25 kilometer ini pastinya akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke lokasi ini.
💖8. Pantai Teluk Cempedak
Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pengunjung yang berasal dari negeri Pahang sendiri. Pantai Teluk Cempedak cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan pengunjung ketika percutian.
Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.

No comments:
Post a Comment