Thursday, September 7, 2017

Kemaluan Suami Diseksa Kejam Oleh Isteri Kerana Cepat Kalah

Isteri Tak Puas Di Ranjang, Kemaluan Suami Disapu Balm

SELALU kita dengar suami yang pukul isteri kalau kemahuannya di ranjang tidak dipenuhi. Kali ini, si isteri pula yang bertindak demikian.


Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital apabila kemaluannya disapu dengan Balm oleh isterinya. Kejadian dilaporkan berlaku di Medan, Indonesia.

Lelaki yang dikenali sebagai Daud itu menyatakan isterinya yang tidak pernah puas di ranjang menyebabkan dirinya diperlakukan sebegitu.

Pasangan yang baru berkahwin selama setahun ini mengalami masalah apabila Daud disahkan mati pucuk. Hal ini menyebabkan isterinya itu kecewa.

Akibat berang, si isteri telah menyapukan Balm pada bahagian sulit suaminya ketika Daud sedang tidur. Itu sebagai untuk membalas dendam kerana kepuasannya tidak dipenuhi.

Menurut lelaki berusia 35 tahun ini, dia sudah berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang dialaminya sejak lima bulan lalu tetapi menemui jalan buntu.

Si isteri pula mahu mengugut cerai kerana kepuasannya tidak dipenuhi. Lebih mengejutkan lagi dia sanggup menyapu Balm pada kemaluan suaminya apabila keluhan dan ugutan cerai itu tidak dilayan.

Bukan itu sahaja, khabarnya si isteri ada memukul mangsa dengan batang penyapu dan menyebabkan kepala Daud cedera.

Walau bagaimanapun, suspek sudah ditahan reman oleh pihak polis Medan Tembung. Menurut suspek, perkahwinan mereka dirancang oleh kedua-dua orang tuanya.

“Saya minta cerai tapi suami tak mahu, sayang katanya.. buat apa sayang kalau tak pandai puaskan isteri.

“Saya ada niat mencari skandal, tapi saya tak sampai hati menipu suami,” katanya.

Pelik-pelik orang zaman sekarang ni. Bukan ke lagi bagus kalau hal rumah tangga dapat diselesaikan dengan baik.

Kecurangan pasangan disebabkan tiada kepuasan di ranjang boleh berlaku bila-bila masa.dapatkan khidmat nasihat atau bantuan.

No comments:

Post a Comment