Wednesday, October 25, 2017

Anjing Terlalu Seksi Punca Dirogol Oleh Lelaki Di Negeri Perak



Seekor anjing dilaporkan telah dirogol secara kejam oleh seekor manusia di Perak Darul Ridzuan. Kejadian dilaporkan berlaku pada 21 Oktober lalu, seorang Pegawai Kanan Polis berada di kuarters Polis IPD Hilir Perak telah dapat maklumat awam menyatakan terdapat satu kejadian seorang lelaki merogol seekor anjing betina di tepi jalan berhampiran dengan restoran Ghulam Rasul, Teluk Intan, Perak.

"Hasil siasatan yang dijalankan telah membawa kepada tangkapan suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 40an," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kejadian ini telah mendapat reaksi oleh netizen yang mempersoal punca kejadian rogol tersebut dengan menyalahkan golongan yang selalu menyalahkan mangsa rogol (perempuan) yang berpakaian seksi punca kejadian rogol berlaku.




Persoalan sekarang, Adakah anjing yang dirogol ini berpunca kerana anjing itu benar-benar seksi?

Adakah anjing sekarang perlu memakai cawat?

Tepuk dada tanya hati.
Sekian berita tengahari, acapan melaporkan untuk blog Kisah Rumah Tangga.

No comments:

Post a Comment