Showing posts with label rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017



Seekor anjing dilaporkan telah dirogol secara kejam oleh seekor manusia di Perak Darul Ridzuan. Kejadian dilaporkan berlaku pada 21 Oktober lalu, seorang Pegawai Kanan Polis berada di kuarters Polis IPD Hilir Perak telah dapat maklumat awam menyatakan terdapat satu kejadian seorang lelaki merogol seekor anjing betina di tepi jalan berhampiran dengan restoran Ghulam Rasul, Teluk Intan, Perak.

"Hasil siasatan yang dijalankan telah membawa kepada tangkapan suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 40an," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kejadian ini telah mendapat reaksi oleh netizen yang mempersoal punca kejadian rogol tersebut dengan menyalahkan golongan yang selalu menyalahkan mangsa rogol (perempuan) yang berpakaian seksi punca kejadian rogol berlaku.




Persoalan sekarang, Adakah anjing yang dirogol ini berpunca kerana anjing itu benar-benar seksi?

Adakah anjing sekarang perlu memakai cawat?

Tepuk dada tanya hati.
Sekian berita tengahari, acapan melaporkan untuk blog Kisah Rumah Tangga.

Thursday, August 3, 2017


Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada Allah bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, dia tahu suami dia malas solat, dia tahu suami dia buat dosa. Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.

Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami dia, boleh menyebabkan isteri itu samada di terima ke syurga, atau dihumban dalam neraka! Atas perbuatan isterinya itu baik atau buruk.

Dari Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah ï·º bersabda: "Maukah ku beritahukan kepada kalian tentang istri-istri kalian yang termasuk penghuni surga? yaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata: Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau ridha kepadaku." (HR Al-Nasa'i)

Ustaz Haji Jafri Mahmoodi AlFaizin