Wednesday, January 20, 2016

KAHWIN PERLU DUIT BANYAK? ANDA MUNGKIN SILAP LEPAS BACA TIPS INI


10 TIPS JIMAT KAHWIN 2016

Selalu terbit rasa kasihan pada sahabat- sahabat yang sanggup berikat perut semata- mata mengumpul duit lebih untuk kahwin, malah terpaksa tangguhkan tarikh kerana kewangan belum mencukupi.

Kadang nilai yang dikumpul jauh berpuluh kali ganda dari gaji. Dirasakan hampir mustahil untuk mencapat amaunt tersebut
Saya nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan belanja kahwin @ mudahkan kerja kahwin.

1. Minta mak ayah, sedara mara, adik beradik faham yang anda nak langsungkan majlis serba sederhana dan menepati syariah. Bila orang- orang dekat kita faham, insyaAllah diorang akan support malah tolong hulur- hulur bantuan sedikit.
Macam saya alhamdulillah, majlis makan di sponsor sepenuhnya oleh 3 orang abang yang sangat ohsemm.
Jimat banyak tu!

2. Beli barang hantaran pada waktu SALE sahaja. Disarankan anda beli barang sederhana sahaja, namun faham- faham sahajalah kadang ada rasa nak beri yang terbaik untuk pasangan @buah hati kita. jadi manfaatkan SALE yang ada macam di SOGO, JUSCO, PAVILLION. Jangan terperanjat anda dapat jimat hingga 70%. Jika dapat beli awal lagi bagus.

3. Kad kahwin murah.
Zaman facebook ramai buat invitation melalui alam maya sahaja. Jimat banyak! xperlu keluar sesen pon. Ada yang sempoi fotostat kad kahwin untuk diedarkan pada orang ramai.

Kalau nak jaga air muka mak ayah, sebab zaman mereka tak ada facebook, boleh lah tempah kad kahwin cantik- cantik. Jangan terpedaya, kad kahwin cantik pon ada yang murah! boleh dapat sehingga harga RM0.10- RM0.15/kpg. Rajin- rajin survey Fb @ internet.

4. Doorgift
Zaman dulu orang bagi telur sebiji je. Kos paling RM0.20. Sekarang pelbagai variasi yang saya lihat. Sekurang- kurang RM1. Kali 1000 orang? Dah macam wajib pon ada. Elok- elok belanja kahwin cuma rm20k dah perlu tambah RM1000.

Well, kalau dah terpaksa sangat bagi doorgift carilah harga yang berpatutan dan dihargai tetamu. Sebab kasihan, kadang tetamu buang, atau simpan dalam store. Dah ramai yang sedar, dan mula beri sesuatu yang bermanfaat kepada ramai orang. Dapat panjang-panjangkan pahala. Kalo bagi coklat2 pun boleh, tapi kejap je la tetamu simpan. Silap-silap dalam kereta masa drive balik tu lagi goodies habis kene makan ;)

Buku alkahfi, doa harian, yasin dan mathurat boleh dijadikan sebagai pilihan sebagai doorgift buat tetamu. Ada yang jual semurah 50 sen senaskah!

Visit fb page Doorgift Bawah RM1 utk pilihan doorgift murah dan bermanfaat

5. Catering harga berpatutan
Banyak sekarang catering yang menyediakan pakej bajet. maklumlah zaman ekonomi yang serba mencabar. cuba dapatkan catering yang siapkan skali pakej khemah, meja makan dan paling penting bajet.

6. Sound system dan DJ
Tak payahlah. Dulu saya pinjam speaker jiran yang besar pasang pada laptop. Boleh pilih lagu yang suka dan islamik lagi. Alhamdulillah majlis tetap meriah dan ohsem.

7. Photographer
Alhamdulillah, suami memang geng camera. So mudah je minta kawan tolong ambil kan gamba ( bayar la sikit). Manfaatkan peluang yang ada. Tapi waktu tu suami nak juga hire orang buat video. Layan je lah, dah jimat banyak.
Kalau tak ada kawan, adik beradik ade camera dslr, cari kawan yang ade iphone pon dah cukup. Gambar superb, siap boleh edit sendiri.

8. Pelamin
Tak payah. Tak patuh syariah... Kalau teringin sangat, hias meja makan beradap cantik- cantik. boleh jadi dwi fungsi. Sebagai tempat makan atau tempat ambil gambar. :)

9. Sekalikan majlis akad nikah dan kenduri kahwin. Tak perlu keluar belanja dua kali. Sedara mara yang jauh pon senang.

10. Last but not least, buat checklist. Banyak contoh- contoh check list yang orang lain dah pernah buat. Tinggal adjust mengikut kesesuaian dan budget anda. Tinggal google "checklist perkahwinan" akan keluar bermacam checlist. Boleh buat sebagai rujukan.

Akhir kata, perkahwinan adalah sunah Nabi. Jangan jadikan ia sebuah majlis yang mendatangkan dosa dan dimurkai Allah.

p/s - boleh share kepada kawan2 anda yg nak kahwin 2016 ni. semoga sama-sama mendapat manfaat :)

No comments:

Post a Comment