Tuesday, November 14, 2017

INI RAHSIA RESEPI MASAKAN AYAM LEMON DAN KENTANG KEJU LELEH YANG MENDAPAT RATUS SHARE DI FACEBOOK

Masakan ayam bukan lah menu asing bagi rakyat Malaysia pada zaman ini ditambah pula dengan harga ikan dan daging yang semakin mahal.Ayam menjadi pilihan buat rakyat Malaysia kerana harganya yang masih murah serta boleh dimasak dengan pelbagai cara dan kaedah masakan. Kali ini topik resepi masakan akan berkongsi resepi Ayam Lemon dan Kentang bersama Keju Leleh yang telah mendapat perhatian dan share yang tinggi dalam media sosial Facebook. 
Berikut adalah resepi masakan ayam lemon ini, selamat mencuba dan menjamu selera.

Resepi Ayam Lemon & Kentang
BAHAN-BAHAN :
3 sudu minyak zaitun
6 ketul peha ayam
Garam & Lada hitam
1 biji bawang holand (dihiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji kentang (dihiris halus)
1 cawan air rebusan ayam
½ epal cider
2 sudu perahan lemon
Beberapa batang rosemery
Herba thyme

BAHAN PERHIASAN:
½ hirisan keju parmesan
6 – 10 hirisan lemon

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
Nah kini ia sedia dihidangkan!
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share"

No comments:

Post a Comment