Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, November 14, 2017

Masakan ayam bukan lah menu asing bagi rakyat Malaysia pada zaman ini ditambah pula dengan harga ikan dan daging yang semakin mahal.Ayam menjadi pilihan buat rakyat Malaysia kerana harganya yang masih murah serta boleh dimasak dengan pelbagai cara dan kaedah masakan. Kali ini topik resepi masakan akan berkongsi resepi Ayam Lemon dan Kentang bersama Keju Leleh yang telah mendapat perhatian dan share yang tinggi dalam media sosial Facebook. 
Berikut adalah resepi masakan ayam lemon ini, selamat mencuba dan menjamu selera.

Resepi Ayam Lemon & Kentang
BAHAN-BAHAN :
3 sudu minyak zaitun
6 ketul peha ayam
Garam & Lada hitam
1 biji bawang holand (dihiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji kentang (dihiris halus)
1 cawan air rebusan ayam
½ epal cider
2 sudu perahan lemon
Beberapa batang rosemery
Herba thyme

BAHAN PERHIASAN:
½ hirisan keju parmesan
6 – 10 hirisan lemon

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
Nah kini ia sedia dihidangkan!
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share"

Friday, November 10, 2017

Durian, RAJA SEGALA BUAH kini musim buahnya kembali lagi pasti membuatkan peminat buah durian tidak senang duduk. Rasa dan ketebalan buahnya tidak perlu diceritakan lagi kerana semua orang tahu kenapa durian dianggap raja segala buah. Walau pelbagai jenis buah durian dihasilkan, Durian Kampung pasti yang terbaik kerana isi dan rasanya yang original bukan jenis kawen yang punya rasa berlainan.

Maka Persatuan Muafakat Johor bakal mengadakan Pesta Raja Buah pada tarikh dan masa seperti gambar dibawah. Kepada pinat buah dan yang berdekatan, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati buah durian ini dengan harga murah.

PESTA DURIAN KAMPUNG JOHOR BAHRU & BEST STREET FOOD FESTIVAL.

Bertempat di Plaza Angsana JB
Tarikh pada : 30 Nov - 3 Dec 2017
Waktu : 10am - 12mlm
Selama 4 hari. Khamis - Ahad

Rabu petang sehari sebelum acara bermula, buah durian kampung mula sampai untuk setup. Boleh datang beli, makan dan share ajak kawan2 datang ramai2 pada hari Rabu untuk elak kesesakan dalam 4 hari event bakal berlangsung. Tempat makan di sediakan.

Kali ini kami bawakan buah durian kampung yang pastinya original dari hasil bumi Msia. Ada juga durian kawen. Rasanya pasti berbaloi2 dan pilihan harga dari pelbagai gred. harga pasti jauh lebih murah pada sebelumnya.

Di sini destinasi pilihan anda untuk merasai kehebatan nikmat Raja Buah Malaysia. Kami kumpulkan ramai pemborong2 buah durian untuk warga JB dan Singapore.

Kali ini kami lakukan lebih baik dari penganjuran yang lalu untuk mengembalikan kepercayaan pengunjung2 yang hadir pada siri pertama yang lalu. Maafkan kami. Kami belajar dari pengalaman yang lalu untuk buat lebih baik di masa hadapan. Terima kasih kerana terus menyokong usaha ini...

#DURIANDATANGLAGI..
#DURIANDIANGSANA...

JOM SHARE LIKE KOMEN....

Tuesday, September 19, 2017

Resepi pizza mini. Jom try!

BAHAN-BAHAN
- 250ml cawan air suam
- 1 peket yis mauripan
- 1sk gula
- 1sk susu pekat
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- 1 cawan majerin

CARA-CARA
1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.

3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.

4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.

TOPPING
* Tomato puri
* Vages campur
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis

Kredit: Natasha Jeffrey

Wednesday, September 6, 2017

Kes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda.

"Aduh...doktor, tolong..sakitnya.." rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya.

Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat.

Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi.

"Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!"

Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam.

Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa bahagian pundi kencing beliau, ianya tidaklah terlalu cekang atau besar. Saya meminta Penolong Pegawai Perubatan untuk memasukkan tiub kencing, sedang saya meneruskan pemeriksaan.

Sebaik sahaja tiub kencing dimasukkan, air kencing bercampur darah keluar. Namun jumlahnya sedikit sahaja. Lelaki tersebut masih dalam kesakitan, lalu saya meminta agar ubat penahan sakit, IV Tramadol segera diberikan. Dalam tempoh beberapa minit, kesakitan lelaki tersebut pun berkurangan.

Sampel darah diambil, dan lelaki tersebut diletakkan di ruang pemerhatian. Saya meneruskan proses mendapatkan sejarah pesakit dengan bertanya kepadanya.

“Encik, ada makan apa-apa pada malam tadi?”

“Ya, doktor. Saya makan nasi bersama keluarga seperti biasa.”

“Ada makanan yang dibeli dari luar? Atau ulam-ulaman?” saya bertanya lagi.

“Makanan berlauk, tak ada pula. Cuma petang tadi memang saya ada ke pasar malam, membeli jering rebus untuk dijadikan ulam.” Ujar beliau.

Jawapan beliau membuatkan hati saya terdetak. Sangkaan saya tepat, rupanya. Namun saya mahu tunggu keputusan ujian darah terlebih dahulu.

Rawatan drip intravena segera diberikan. Lelaki tersebut tidak lagi dalam kesakitan, namun air kencingnya masih bercampur darah. Ultrasound buah pinggang dibuat, menunjukkan tiada batu karang meskipun kedua-dua buah pinggangnya sedikit bengkak.

Hampir setengah jam kemudian, keputusan ujian darah sudah siap. Seperti yang dijangka, fungsi buah pinggangnya merosot secara mendadak. Bacaan creatinine nya mencecah 400, sedangkan paras normal bagi orang sihat biasanya tidak melebihi 100.

“Encik, penyakit encik ini namanya Jering Nephropathy. Maksudnya, kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh pengambilan jering.”

Bundar mata lelaki tersebut tatkala saya memaklumkan kepadanya penyakit yang beliau hidapi.

“Dalam buah jering, ada sejenis bahan yang dinamakan djenkolic acid. Bahan ini, bersifat toksik kepada buah pinggang manusia. Adakalanya pesakit yang memakan jering terlalu banyak, terutamanya jering yang tidak direbus betul, akan mendapat masalah ini.”

Saya meneruskan penerangan. Beliau mengangguk, tanda faham.
“Sekarang, fungsi buah pinggang encik agak terjejas. Kita akan mulakan rawatan awal, iaitu IV Drip bagi memastikan buahpinggang encik terus berfungsi dan saki baki Djenkolic Acid dalam darah encik dapat keluar melalui air kencing.

“Namun, kita akan terus pantau keadaan encik didalam wad. Sekiranya dengan rawatan yang kita berikan ini pun fungsi buah pinggang encik tidak bertambah baik, atau bertambah lebih buruk, encik mungkin terpaksa dirujuk ke hospital besar. Kita khuatir encik mungkin memerlukan prosedur pembedahan atau dialisis untuk menyelamatkan fungsi buah pinggang.”

Penjelasan panjang lebar saya membuatkan pesakit tersebut termenung. Setelah berbincang dengan ahli keluarga, lelaki tersebut bersetuju dimasukkan ke wad untuk tujuan rawatan dan pemantauan.
Ini adalah kali keempat saya menjumpai kes Jering Nephropathy. Tiga kali sebelumnya, adalah ketika saya menjalani latihan siswazah di hospital besar.

Kes jering nephropathy, atau djenkolism, tidak banyak terdapat didalam buku-buku teks perubatan. Ini kerana kejadian ini jarang berlaku (low incidence), dan hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara. Agaknya disebabkan adat dan budaya penduduk kita yang biasa menjadikan jering sebagai makanan ulaman.

Namun, penyakit jering nephropathy ini, selain menyebabkan kesakitan yang teruk ia juga boleh membahayakan nyawa. Menurut sebuah literature review oleh Bunawan et al (2014), daripada 96 kes Jering Nephropathy yang dilaporkan oleh jurnal-jurnal perubatan, empat daripadanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Majoriti pesakit akan sembuh dengan rawatan hidrasi IV Drip, namun terdapat kes yang mana memerlukan rawatan pembedahan. Dalam sebuah laporan kes oleh Wong JS et al (2007) di Hospital Umum Sarawak, pesakit terpaksa melalui sebuah prosedur “stenting” ke kedua-dua buah pinggangnya.

Apabila “stent” dimasukkan, didapati terdapat bahan berupa jeli berwarna seperti sos menyumbat salur ureter pesakit. Hanya setelah stent dimasukkan, barulah pesakit dapat kencing semula dan fungsi buah pinggang pesakit bertambah pulih.

Sebenarnya sebelum kes Jering Nephropathy dilaporkan didalam jurnal-jurnal perubatan, orang-orang tua kita sudah lama mengenalpasti penyakit ini yang disebut sebagai “terkepit jering”. Ini kerana berdasarkan pemerhatian mereka, terdapat individu yang sakit bagaikan dikepit setelah memakan jering.

Dari situlah lahirnya petua orang tua-tua, bahawa jering perlu direbus sehingga berjam-jam lamanya sebelum dimakan. Ada yang menasihatkan untuk direbus dengan pelbagai bahan seperti daun kunyit, akar pokok kelapa, bahkan abu dapur, paku dan rantai basikal!

Keberkesanan dan keselamatan bahan-bahan yang dicampurkan ini agak sedikit meragukan, namun kita memahami rasionalnya adalah untuk menyahneutralkan djenkolic acid yang terdapat dalam biji jering tersebut.

Apapun, nasihat dan saranan saya kepada mereka yang gemar memakan jering,

1. Elakkan dari memilih jering yang tua, kerana jering yang tua berkemungkinan mengandungi kepekatan djenkolic acid yang lebih tinggi.

2. Elakkan dari memakan jering yang mentah.

3. Elakkan memakan jering dalam kuantiti yang besar.

4. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang kronik, tidak dibenarkan memakan jering.

5. Banyakkan meminum air setelah memakan jering.

6. Jika berlaku sakit perut atau kencing berdarah, dapatkan rawatan di hospital segera.

“Ha, encik, apa khabar hari ini?

Saya menyapa lelaki berkenaan yang sedang berehat. Hari tersebut adalah hari keempat beliau di wad. Alhamdulillah, paras creatinine beliau sudah turun ke normal, menandakan buah pinggang beliau telah bertambah baik. Beliau juga sudah tidak perlu memakai beg kencing dan air kencingnya juga sudah tidak bercampur darah.

“Alhamdulillah, bertambah baik! Terima kasih banyak-banyak, doktor.” jawab beliau kesengihan.

“Nak makan lagi jering lepas ni, encik?” saya cuba bergurau. Beliau tertawa sambil berkata,

“Eh mestilah doktor, kalau dah minat, ulam jering cicah cabai tak boleh tinggal!”

Lantas kami sama-sama ketawa.

Dr. Mohd Syamirulah Rahim,
Pegawai Perubatan
http://facebook.com/dr.syamirul

Artikel ini diterbitkan di Majalah iSihat Ogos 2017.
Sumber gambar dari Google.

Friday, July 21, 2017

In the making ketupat jagung ibu mertuaku😂😂 ckp je bila rsa nk mkn dgn pantas dia akan buatkan..ni smua untuk potluck kt tmpt kja nnt(rezeki kawan2)
Mama kta boh dlm group tgk nk dpt bapa like🤔🤔😂

Beras pulut 1/2 kilo
jagung 3 batang
santan 1/2 kilo(tmbah lg rm2)

cara2:
1)masak santan,api kecil bila santan dh mendidih sikit masukkan beras kacau smpai kering(macam msk nasi)
2)masukkan jagung.biarkan jagung masak seketika bersama pulut.
3)dh kering boleh angkat.biarkan suam dah boleh balut.👍🏻👍🏻
4)lepas siap balut dh boleh rebus😘😘pastu boleh dah ngapppp!😄

Friday, July 14, 2017

Wednesday, January 11, 2017

Blueberry cheesecake

Base:
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits, saya guna 100g
100g oreo di hancurkan, optional
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.

2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.

3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.

Filling:

500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling

Cara2 membuat filling:

1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.

2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.

4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.

5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.

6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.

7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.

Topping:

1 sk serbuk gelatin
30 ml air
150g blueberry pie filling

Cara2 membuat topping:

1. Satukan serbuk gelatin & air. Biarkan 5 min.

2. Cairkan gelatin guna double boiler.

3. Satukan dengan blueberry pie filling. Gaul rata.

4. Tuang atas kek yang telah di sejukkan.

Selamat mencuba...