Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Thursday, November 16, 2017

Kos sara hidup makin hari makin meningkat, kos belanja harian juga meningkat malangnya pendapatan tetap juga tidak meningkat malah makin berkurangan juga ada. Walaupun begitu, hidup tetap perlu diteruskan dan ini tidak bermakna kita hanya boleh makan meggi atau nasi kuah kicap sahaja. Jika anda seorang yang rajin pasti mampu makan dengan mewah si rumah menggunakan resepi hebat seperti yang dijual di restoren diluar sana.


Oleh itu, admin nak share resepi twister ala kfc
Rasanya mmg terbaik..mengenyangkan....
Korang boleh rujuk resepi di bawah yeee!!!

Bahan2:
-roti tortilla (mission wrap.di bakar skjp 2-3mnt.)
-isi ayam bahagian dada (di goreng tepung)
-mayonis
-sos thousand island
-salad
-tomato (didadu)
-carrot (sagat)
-timun (sagat)
-keju (terpulang ctrsa sdri..xnk xpe.)


Cara2:
1) Roti bakar sekejap....kemudian sapu mayonis...susun salad, carrot, timun, tomato...letak sos thousand island..letak ayam..kemudian letak cheese...balut kemas...dan bakar lagi sekejap utk cairkan cheese...tak nak bakar pun takpe..nk trus mkn pn blh..

Inti ni blh letak bnyk mana yg kita mahu.lg best 👍...nk letak apa2 pn blh...ikut krtvt masing2...


2) Isi ayam di potong memanjang...goreng tepung...ayam dicelup telur...golekkan dlm tepung...kemudian celup telur lg sekali...dan golekkan dlm tepung lg baru goreng..hasilnya sedap. Kemudian potong ayam kecil2...kalau taknak potong pun takpe..terpulang.

ayam kalau x nk goreng tepung blh bakar
Grill..kukus atau rebus...ikut selera tekak**

Selamat mencuba

Jangan lupa like & share

Kredit: Mastura Razali via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Tuesday, November 14, 2017

Ini lah yang berlaku apabila golongan belia menggunakan kreativiti dan inovasi dalam memhasilkan menu bagi bisnes masing-masing. Golongan belia sewajarnya keluar dari kepompong bisnes tradisi dalam perniagaan masa kini untuk menarik minat pelanggan mereka.


Cendoi Tutty Fruitty diberi nama hasil gabungan air batu cendol dan buah-buahan yang berwarna warni lagi menyerlahkan hasil dan menyelerakan sesiapa pun yang melihat menu ini. Dengan harga Rm7 bagi satu mangkuk memang berbaloi untuk pelanggan membasahkan tekak mereka dengan kemanisan gula melaka dan buah strawberi serts mangga yang masam. Slurrpppp ada rasa masam manis dalam satu hidangan yang kreatif ini.


Selain cendol buah ada juga cendol pulut tradisional untuk penggemar cendol yang sukakan menu original ini. Berikut adalah harga bagi cendol yang dijual di gerai Lie Cendol ini.

Cendoi biasa - RM2
Cendoi pulut - RM3
Cendoi tutty fruity - RM7

Lokasi tempat Lie Cendol berniaga seperti dibawah.
Berhadapan Sekolah Maktab Mahmud Pekan Langgar

Waktu niaga seperti berikut.
11pg - 6ptg
Tutup setiap hari jumaat

Selamat Menjamu Selera Lie Cendol Tutty Fruitty.
Ini lah yang berlaku apabila golongan belia menggunakan kreativiti dan inovasi dalam memhasilkan menu bagi bisnes masing-masing. Golongan belia sewajarnya keluar dari kepompong bisnes tradisi dalam perniagaan masa kini untuk menarik minat pelanggan mereka.


Cendoi Tutty Fruitty diberi nama hasil gabungan air batu cendol dan buah-buahan yang berwarna warni lagi menyerlahkan hasil dan menyelerakan sesiapa pun yang melihat menu ini. Dengan harga Rm7 bagi satu mangkuk memang berbaloi untuk pelanggan membasahkan tekak mereka dengan kemanisan gula melaka dan buah strawberi serts mangga yang masam. Slurrpppp ada rasa masam manis dalam satu hidangan yang kreatif ini.


Selain cendol buah ada juga cendol pulut tradisional untuk penggemar cendol yang sukakan menu original ini. Berikut adalah harga bagi cendol yang dijual di gerai Lie Cendol ini.

Cendoi biasa - RM2
Cendoi pulut - RM3
Cendoi tutty fruity - RM7

Lokasi tempat Lie Cendol berniaga seperti dibawah.
Berhadapan Sekolah Maktab Mahmud Pekan Langgar

Waktu niaga seperti berikut.
11pg - 6ptg
Tutup setiap hari jumaat

Selamat Menjamu Selera Lie Cendol Tutty Fruitty.
Masakan ayam bukan lah menu asing bagi rakyat Malaysia pada zaman ini ditambah pula dengan harga ikan dan daging yang semakin mahal.Ayam menjadi pilihan buat rakyat Malaysia kerana harganya yang masih murah serta boleh dimasak dengan pelbagai cara dan kaedah masakan. Kali ini topik resepi masakan akan berkongsi resepi Ayam Lemon dan Kentang bersama Keju Leleh yang telah mendapat perhatian dan share yang tinggi dalam media sosial Facebook. 
Berikut adalah resepi masakan ayam lemon ini, selamat mencuba dan menjamu selera.

Resepi Ayam Lemon & Kentang
BAHAN-BAHAN :
3 sudu minyak zaitun
6 ketul peha ayam
Garam & Lada hitam
1 biji bawang holand (dihiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji kentang (dihiris halus)
1 cawan air rebusan ayam
½ epal cider
2 sudu perahan lemon
Beberapa batang rosemery
Herba thyme

BAHAN PERHIASAN:
½ hirisan keju parmesan
6 – 10 hirisan lemon

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
Nah kini ia sedia dihidangkan!
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share"

Tuesday, June 20, 2017

Resepi nasi goreng special ni admin dpt dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dh cuba masak, memang sedap!


BAHAN2:
2 Biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - di potong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas

Cara menyediakannya:


1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.

2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.

3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.

4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.

5. Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.

6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.

📸 Berminat viralkan perniagaan anda, PM admin🌹

*Share dan tag kawan2